Showing posts with label Kampus. Show all posts
Showing posts with label Kampus. Show all posts

Saturday, April 2, 2011

Salam imtihan..

Salam imtihan buat semua. Walaupun terasa agak lambat mengucapkannya. Tapi takpe je kan. GAP yang agak panjang antara biostat dan MNT membuatkan diri sedikit rileks. Masih sempat untuk mengatur strategi dan berGD bersama teman-teman seperjuangan. Masih jugak memikirkan untuk data collection. Bersama mencari ruang kekosongan masa mengatur strategi bersama sahabat-sahabat.

Batasan waktu mengehadkan untuk menaip lebih banyak kalimah di sini.

OK!!
salam imtihan buat semua.....

Thursday, August 12, 2010

Adakah kerajaan takut kepada kuasa Mahasiswa?

Keputusan jemaah menteri yang melarang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terlibat dalam parti politik seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, semalam, disifatkan sebagai "tidak matang".
Malah, kata pengerusi, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Shazni Munir Mohd Ithnin keputusan itu dibuat dilihat tidak mengambil kira bahawa mahasiswa sebagai warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas.
"Kerajaan perlu melihat mahasiswa sebagai warganegara yang berumur 21 tahun ke atas diberi hak, partisipasi (dalam politik), berhimpun dan memberikan pandangan. "Kami kecewa dengan keputusan kabinet yang tidak membina (semangat) mahasiswa, sebaliknya lebih bersifat untuk membunuh semangat mahasiswa. "Jika seksyen 15 AUKU (Akta Univeristi dan Kolej Universiti) membenarkan mahasiswa berpolitik dengan izin naib canselor, maka seksyen ini jugalah digunakan untuk mendakwa mahasiswa dalam mahkamah. Di mana hak mahasiswa?" soalnya. Shazni Munir yang juga pelajar Universiti Malaya mengulas mengenai keputusan jemaah menteri semalam yang memutuskan bahawa mahasiswa tidak dibenarkan terlibat dalam politik kepartian.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dilaporkan berkata seksyen 15, AUKU yang dipinda baru-baru ini, sudah memadai dalam konteks membenarkan mahasiswa mengambil bahagian dalam politik kepartian selepas mendapat kebenaran naib canselor.
Mengulas lanjut, Shazni Munir berkata rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas sepatutnya diberi hak untuk berpolitik sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia. "Jadi mereka yang tidak menjadi mahasiswa, mereka lebih beruntung kerana berumur 21 tahun, bebas terlibat dengan politik dan berhimpun. "Di mana kerajaan meletakkan mahasiswa sebagai agen intelektual. Ruang (berpolitik) harus diberikan lebih luas seperti berdebat dengan menteri atau NGO," katanya. Mengulas mengenai mahasiswa diwajibkan memohon kebenaran daripada naib canselor sebelum menyertai poltik, Shazni Munir berkata sepatutnya perkara tersebut tidak perlu.
Mohon restu mak, ayah
"Sepatutnya mereka memikirkan untuk menaikkan kedudukan universiti ke tahap global dan antarabangsa. Memadai memohon restu mak dan ayah. Kenapa nak susah-susah nak minta izin kepada naib canselor," katanya.
Sementara itu, presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(GAMIS), Mohd Idris Mohd Yusoff berkata walaupun kerajaan membuat keputusan tersebut, pihaknya akan tetap memperjuangkan agar mahasiswa boleh menyetai politik kepartian. "Ini soal rakyat Malaysia, soal hak dan kebebasan mahasiswa," katanya.
Sementara itu, pengerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Ahmad Wafi Sahedan berkata beliau menyambut baik keputusan jemaah menteri itu kerana berpandangan kerajaan telah mengambil kira pelbagai faktor sebelum memutuskan perkara berkenaan. Ahmad Wafi berkata walaupun kerajaan tidak membenarkan mahasiswa terlibat dengan politik kepartian, kumpulan itu mempunyai saluran lain untuk terlibat dengan kegiatan masyarakat. "Pindaan AUKU memberi peluang untuk menjadi mahasiwa berwibawa dan lebih bagus dengan terlibat dengan NGO untuk menyelesaikan isu-isu kemasyarakatan," katanya. Tegasnya, mahasiswa perlu menjadi satu golongan yang mempunyai pendirian dan tidak dipengaruhi serta bebas mengkritik mana-mana pihak. Ahmad Wafi merupakan yang juga yang dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (MPMUSM).
--------------------------------------------------------------------------------------
Persoalan:
1. Resolusi Konvensyen MPP Kebangsaan 2010 telah menunjukkan 57% perwakilan menyokong usul untuk membenarkan mahasiswa menjadi ahli sebuah parti politik. Adakah keputusan kabinet dan pandangan Ahmad Wafi mengenepikan keputusan majoriti perwakilan?
2. Bagaimana pula kedudukan mahasiswa yang terlibat dengan Perhimpunan Agung atau mesyuarat sebuah parti politik sebagai urusetia dan pengira undi?
3. Sejauh mana keterlibatan mahasiswa dalam politik dianggap tidak melampau batas?
4. Bagaimana mahasiswa dinilai tempat dan kedudukannya dalam masyarakat?
------------------------------------------------------------------------------------------------
Marilah kita tengok peristiwa penting di dunia yang melibatkan kuasa mahasiswa.
Sumber: Lihat di sini

Sunday, August 1, 2010

Pendidikan politik: Suatu kepentingan untuk mahasiswa

Saya cukup tertarik untuk dengan kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah:

“Masa telah tiba bagi kita mengkaji semula kedudukan sekarang dan berfikir secara serius bagi membenarkan pelajar universiti menjadi ahli parti politik,” katanya.

Sumber: Malaysiakini

Berdasarkan kenyataan Datuk Saifudin tersebut, terdapat satu isyarat jelas dari beliau untuk memberikan lampu hijau kepada mahasiswa bagi menceburkan diri dalam pentas politik. Namun persoalannya kini bukannya pada kewajarannya atau tidak. Bukan juga pada minatnya atau tidak. Namun apa yang lebih penting, adakah mahasiswa itu sendiri tahu apakah itu pendidikan politik? Adakah mereka tahu yang politik merupakan suatu seni yang perlu ada pada setiap individu? Dan paling penting, adakah mereka tahu apa itu politik?

Pernah saya mengambil peluang untuk bertanyakan rakan-rakan seangkatan (sekampus dan di luar kampus) berkenaan pendidikan politik. Rata-rata daripada mereka tidak tahu dan mungkin enggan mengambil tahu berkenaan isu-isu nasional dan antarabangsa. Malah ada di antara mereka tidak kenal pun siapakah orang-orang yang mengisi kabinet Malaysia. Itu belum lagi ditanya berkenaan pimpinan-pimpinan dalam PAS, UMNO, MCA, PKR, DAP dan sebagainya. Jika pengetahuan berkenaan penggiat-penggiat parti politik pun tidak mahu diambil tahu, adakah mereka akan mengambil tahu berkenaan projek-projek yang dijalankan oleh orang-orang politik? Tanyalah kepada mahasiswa-mahasiswa hari ini, adakah mereka tahu berkenaan Model Ekonomi Baru, Rancangan Malaysia ke-10, isu royalti Kelantan, PKFZ dan sebagainya. Saya bukan menyalahkan mahasiswa dalam soal ini. Saya yakin ada antara mereka yang masih belum mengerti apa itu politik. Tak kurang juga yang melihat politik sebagai suatu yang jijik. Seharusnya, suatu kefahaman yang betul wajar diberikan kepada mereka.

Mahasiswa bukan lagi mereka yang boleh diperbudak-budakkan. Mahasiswa bukan lagi ayam daging yang hanya menanti makan dan menanti waktu untuk dimakan sama ada secara paprik, masak merah, masak halia atau masak kunyit. Mahasiswa ialah mereka yang sedang mengalami proses peralihan dari zaman remaja ke zaman dewasa. Berilah mahasiswa peluang untuk belajar berkenaan pendidikan politik. Tiada kesalahan untuk mereka memilih hala tuju mereka. Dan kepada mahasiswa pula, ambillah dan rebutlah peluang ini untuk memilih. Dan jangan lupa, kepada yang telah mencapai umur 21 tahun, daftarlah sebagai pemilih. Anda penentu masa depan negara. Andalah juga pewaris kepemimpinan negara. Jadilah mahasiswa yang cakna dengan massa.

Thursday, May 13, 2010

Report on session with AHS Students' Leaders of USM

Report on Session with Students’ Leaders of USM

1. The session involved Student Representative Council (SRC) for Allied Health Science Constituency IIUM, USM and Persatuan Pelajar Sains Kesihatan (PPSK). They are Mohd Hakim B Zakaria (SRC IIUM 2009/10), Sis. Hamizah (SRC AHS USM), Bro. Ridhuan (President PPSK), Sis. Maryuni (Exco PPSK), Sis. Aminah (SRC USM) and Bro Hilmi (SRC IIUM 2008/09).

2. Details of session as follows:
Date : 7th May 2010
Time : 9.30 a.m. – 12.00 p.m.
Venue : Student Meeting Room USM Kubang Kerian.

3. Agenda was discussed:

a) Taaruf session

b) Briefing of overview on Heals,PPSK & SRC.
- Heals : Briefing organization structure and some program that was conducted.
- SRC : Briefing on program that was planned for the next semester and sharing of some ideas regarding on SRC overview.
- PPSK :
i) USM Kubang Kerian consists of three schools which are Dentistry, Medical and Health Science. USMKK have around 2000+ students. School of Health Science consists of 1000+ that contains 11 courses/programs such as Nutrition, Environmental and Occupation Health Science, Sport Science, Medical Radiation, Speech, Biomedical, Audiology, Dietetic, Forensic Science, Diploma of Nursing, and Bachelor of Nursing.
ii) Every courses/program in HS school will send representatives in PPSK during AGM. There is secretariat system was applied in PPSK. Every course have own secretariat and this secretariat have function to lead and run subject-related program. For example, Sport Science Secretariat will run paralympic games. However this program still was organized under PPSK. Meanwhile, PPSK have more function to cater service-based and general activity for all Allied Health Science Students.
iii) Example of program that was conducted by PPSK is Motivational Slot with lecturers, Trial OSPE and OSCE, and Compilation of question (own-initiatives).

c) Planning of AHS Constituency that may give benefit for students.
- Debate inters courses.
- Presentation of Best Final Year Project (FYP) to appreciate final year students and give motivation to other students.
- Dialog session (Heals already conducted Speak Out Loud).

d) Program Collaboration AHS USM-IIUM.

- For the beginning, this collaboration is to gather and build rapport among AHS Students in Malaysia. There are three program were suggested which are Students Health Convention, National Health Quiz, and Games Carnival inter AHS faculty. After long discussion, we have concluded that convention and Quiz are academic based program and need some specialization to be conducted. Meanwhile Games Carnival is social based program and more suitable and combine similarities among various discipline in Allied Health Science. Insyaallah, USM will organize Inter AHS faculty Games Carnival in semester 2 and some of students from IIUM will involved as support committee for this carnival. The technical and operation part will be handled by USM and further discussion will be informed to us later.
e) Link and medium for connection among AHS students.
- For the beginning, this session had agreed to establish the Facebook group as medium of connection. Insyaallah, initiative to establish official blog or portal will discussed with SRC AHS from another university.
f) Arising matters and conclusion
- This session hope the discussion gives benefit for both parties and collaboration that is initiated can improve ukhwah of AHS students IIUM-USM.
4. SRC AHS IIUM hope this session can become the beginning and gate of ukhwah between AHS IIUM and USM. Thank you for cooperation that was be given from all. Any inquiries, suggestion and comments can be given directly to me either through facebook, blog or email: alhakim_mujaddid@yahoo.com.my.

Thank You.

“Let’s Work Together”

Mohd Hakim B Zakaria
Allied Health Science Costituency
SRC IIUM 2009/10.

Tuesday, May 11, 2010

Merancang kerja...

Video dah setel... Alhamdulillah.

Next plan...... Siapkan report sharing moment....

Pastu...... Siapkan proposal publicity project...

Pastu..... Standby untuk ape2 kerja untuk IKOD....

Pastu..... Pastu.. Pastu... Apa lagi ye????

Friday, May 7, 2010

Meeting with SRC Allied Health Science USM (ni bukan report ye)

Alhamdulillah....
Perbincangan dan perkongsian dengan MPP Sains Kesihatan dan Persatuan Pelajar Sains Kesihatan USM telah selesai. Perkongsian yang cukup bermakna. Mengutip pengalaman dari warga universiti yang diberi taraf Universiti Apex ini memang memberikan beribu manfat. Perkongsian idea dari sudut akademik dan hal ehwal mahasiswa memberikan aku sedikit input. Mungkin belum ada peluang untuk menulis report perjumpaan dan perkongsian itu. Aku sekadar mencatat catatan ringkas dulu buat sementara. Buat masa ini, biarlah aku mencari sekelumit kekuatan untuk mencari ruang dan peluang melaksanakan amanah yang diberi. Dan aku sedang berusaha dalam menyediakan kajian secara fakta dan angka berkenaan konstituensi AHS ini yang akan dibawa ke pihak pentadbiran KAHS dan barisan pimpinan HEALS. Aku tidak akan mempedulikan suara-suara yang memberikan kritikan negatif dari luar. Biarlah mereka hendak berkata apa pun. Aku optimis (meminjam perkataan seorang teman) dengan apa yang dirangkakan ini. Cuma bagi aku, tak dapat buat semua jangan tinggal semua. Terima kasih buat Hamizah (MPP USM) dan pimpinan PPSK USM yang telah bersedia menyambut salam kerjasama ini. Dan terima kasih pimpinan HEALS-IIUM yang telah mengirim cadangan dan idea buatku ini. Laporan meeting bakal menyusul....

"Let's Work Together"

Mohd Hakim B Zakaria
Allied Health Science Constituency

Saturday, April 10, 2010

Semusim.......


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada
Tuhan Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Ulang (*)
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
Artis: UNIC
Lagu: Sebuah Pertemuan

Wednesday, March 31, 2010

Mahallah oh mahallah

Keputusan pihak pentadbiran UIAM Kuantan untuk menempatkan semua pelajar perempuan di dalam Kampus Indera Mahkota (Talhah 1-7 & Maimunah 1-8) telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan komuniti pelajar UIAM Kuantan. Keputusan yang akan berkuatkuasa mulai kemasukan Julai sehingga Disember 2010 ini memberikan erti bahawa keseluruhan kolej kediaman di IMC di bawah penguasaan 'sister'. Manakala, semua 'brothers' akan menghuni Mahallah Talhah di IM2 dan IM6. Malahan, ada yang akan menumpang sementara di IM6 dan IM2 sebelum berpindah ke Mahallah baru yang berdekatan Kompleks Dagangan Mahkota (KDM). Keputusan ini juga memberikan kelegaan kepada smua warga kampus kerana mereka tidak perlu mencari rumah sewa sebagai penempatan. Kekalutan yang timbul hanya sementara. Mungkin seluruh warga kampus tidaklah terburu-buru untuk mencari rumah sewa di dalam fatrah final exam ini. Pastinya, golongan yang paling gembira adalah 'sister' yang tidak perlu keluar dari IMC dan kekal di dalam kampus. Bersyukurlah banyak2..
Aku amat berbangga dengan golongan 'brothers' yang sanggup dan bersedia dgn kesusahan pada awal2 kemasukan nanti. Insyaallah, Allah pasti membalas segala jasa baik anda semua. Syabas aku ucapkan kepada brothers yang menujukkan sikap 'gentleman' dan bertenang semasa perbincangan dengan pihak pentadbiran tempoh hari. alhamdulillah, suasana perbincangan dalam keadaan aman damai dan tiada sebarang kekecohan yang berlaku. Semua warga pelajar lelaki memahami kesusahan yang dialami bersama. Pujian dari Datuk Pengarah Kampus wajar menjadi pemangkin kepada kita untuk sentiasa bertenang dan sentiasa mengambil tindakan rasional dalam membuat keputusan dan pertimbangan. Lupa satu lagi, Saudara Sharif pun apa kurangnya pada malam tu. Petah kata-katanya tak perlu dipersoalkan lagi.
Keputusan ini sewajarnya untuk kita fikirkan baik buruknya bersama. Jangan kita emosional dalam tindakan kita, sudahlah. Sekiranya ada apa2 idea dan cadangan yang lebih baik, sama2 kita salurkan dan sumbangnya. Insyaallah, berdasarkan situasi yang berlaku ini, pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM telah bersedia dengan beberapa langkah dan perancangan. Nantikan.....

Saturday, February 6, 2010

Masa bekerja bermula.....

Pilihanraya kampus di beberapa buah IPTA telah berlalu. Bermacam-macam cerita menghiasi susana PRK kali ini. Tidak terlepas pandang UIA yang telah mengadakan PRK dengan jayanya. PRK UIAM khasnya telah berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Masa berkempen telah tamat. Masa merayu undi juga telah berakhir. Calon-calon yang memenangi kerusi bagi Kulliyyah masing-masing telah selesai bermusyawarah. Cadangan kerajaan MPP yang hendak dibentuk telah diutarakan. Alhamdulillah, semuanya berlangsung dengan penuh harmoni dan mesra. Inilah yang dikatakan gaplikasi keunikan pada visi dan misi UIAM itu sendiri. Kemesraan dan komitmen untuk berkhidmat merentasi sempadan. Memang cantik dan menarik. Barisan baru MPP UIAM menunggu masa untuk diumumkan. Integration, Islamization, Internationalization dan Comprehensive Excellence menjadi suatu inspirasi dalam memberi yang terbaik kepada semua, mahasiswa amnya dan komuniti UIAM khasnya. Begitu juga bagi kampus Kuantan, 11 MPP dari enam kulliyyah telah bersedia dengan porfolio masing-masing. Masa bekerja sebenarnya telah bermula. Alhamdulillah, tidak ada ketidakpuasan hati dan prasangka dalam barisan MPP ini. Semuanya hadir dengan suatu matlamat yang sama. Ayuh sahabat-sahabat MPP UIAM, kita bergerak memacu kepimpinan merentasi sempadan.... Barisan hadapan mahasiswa jangan alpa dan leka..
Jangan kita lupa bahawa jawatan yang kita sandang pada hari ini adalah modal kepada salah satu persoalan yang bakal ditanya kepada kita kelak.
Paling penting, mintalah petunjuk dari Allah (SEBAIK-BAIK PEMBERI PETUNJUK)
Teringat kembali kata-kata saudara Firwan : "Students are backbone of revolution. "

Thursday, January 28, 2010

Let's Work Together...

Suasana di bilik mesyuarat Kulliyyah Perubatan itu agak resah. Talian dengan Gombak masih gagal dicapai. Tiba-tiba kedengaran pengumuman bagi kerusi kampus Kuantan walaupun skrin tidak memancar siaran dari Gombak. Bermula dengan Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu.

“ Marlina Bt Mohd Zain 144”
“Mohd Hakim B Zakaria 212”
“Nurhasanah Bt Mazlan101
”

“Winners for Allied Health Sciences constituency are Mohd Hakim Zakaria and Marlina Bt Mohd Zain”

Demikian pengumuman kemenangan calon2 dari kulliyyah aku. Aku dan Kak Mar telah dipilih Allah untuk memikul amanah besar di bahu. Barisan pengundi Kulliyyah Allied Health Sciences telah mempertaruhkan kepercayaan terhadap aku dan Kak Mar untuk mewakili dan membawa suara mereka dalam Majlis Perwakilan Pelajar UIAM. Dalam suasana itu, aku masih terdiam. Salam2 tahniah yang dihulurkan oleh orang2 berdekatan disambut olehku tanpa ku sedari dengan siapa aku bersalam. Mesej2 tahniah dan takziah memenuhi ruang inbox hensetku. Ada nombor yang dikenali dan nombor yang tidak dikenali.
Pemilihan aku sebagai salah seorang Ahli MPP UIAM tidak boleh dianggap suatu mimpi lagi. Kini ia menjadi reality dalam kehidupanku. Aku perlu bersedia menghadapi cabaran dan rintangan di depan mata. Aku tahu, bukan mudah untuk menjadi seorang pemimpin. Apatah lagi untuk menduduki kerusi pimpinan tertinggi pelajar di peringkat university. Aku tidak pernah bermimpi untuk berada di kerusi ini, namun hakikat perlu ku telan. Allah telah mentakdirkan aku ke sini. Kerusi ini bukan peluang untuk menikmati mimpi indah, apatah lagi untuk berasa megah. Ini adalah amanah yang perlu ditunaikan.

“Kepimpinan itu TAKLIF, bukan TASYRIF”

Kata-kata Ustaz Syed pada malam wacana mengingatkan aku kepada kata-kata temanku sewaktu sekolah. Kata-kata yang sama, Cuma dituturkan insan yang berbeza. Amanah besar terpikul dibahu. Pastinya, aku mengharapkan sokongan dan dokongan teman-teman dalam melaksanakan amanah ini. Kadang-kadang timbul rasa takut dalam diri. Namun, motivasi dari ummi dan ayah telah melembutkan hatiku. Ummi dan ayah menaruh keyakinan terhadap kemampuanku. Yang penting, jangan sampai tinggal studi…. Insyaallah, studi tetap jadi priority. Buat semua, terima kasih kerana memberikan kepercayaan ini buatku. Doakan semoga segala urusanku dipermudahkan. Semoga perjuangan MAHASISWA akan berjaya. Doa daripada semua amat kuharapkan. Semoga janji2 dalam manifesto akan tertunai……. Marilah kita bergerak bersama… Memacu perjuangan menuju kemenangan.. Insyaallah..

“LET’S WORK TOGETHER”