Saturday, February 6, 2010

Masa bekerja bermula.....

Pilihanraya kampus di beberapa buah IPTA telah berlalu. Bermacam-macam cerita menghiasi susana PRK kali ini. Tidak terlepas pandang UIA yang telah mengadakan PRK dengan jayanya. PRK UIAM khasnya telah berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Masa berkempen telah tamat. Masa merayu undi juga telah berakhir. Calon-calon yang memenangi kerusi bagi Kulliyyah masing-masing telah selesai bermusyawarah. Cadangan kerajaan MPP yang hendak dibentuk telah diutarakan. Alhamdulillah, semuanya berlangsung dengan penuh harmoni dan mesra. Inilah yang dikatakan gaplikasi keunikan pada visi dan misi UIAM itu sendiri. Kemesraan dan komitmen untuk berkhidmat merentasi sempadan. Memang cantik dan menarik. Barisan baru MPP UIAM menunggu masa untuk diumumkan. Integration, Islamization, Internationalization dan Comprehensive Excellence menjadi suatu inspirasi dalam memberi yang terbaik kepada semua, mahasiswa amnya dan komuniti UIAM khasnya. Begitu juga bagi kampus Kuantan, 11 MPP dari enam kulliyyah telah bersedia dengan porfolio masing-masing. Masa bekerja sebenarnya telah bermula. Alhamdulillah, tidak ada ketidakpuasan hati dan prasangka dalam barisan MPP ini. Semuanya hadir dengan suatu matlamat yang sama. Ayuh sahabat-sahabat MPP UIAM, kita bergerak memacu kepimpinan merentasi sempadan.... Barisan hadapan mahasiswa jangan alpa dan leka..
Jangan kita lupa bahawa jawatan yang kita sandang pada hari ini adalah modal kepada salah satu persoalan yang bakal ditanya kepada kita kelak.
Paling penting, mintalah petunjuk dari Allah (SEBAIK-BAIK PEMBERI PETUNJUK)
Teringat kembali kata-kata saudara Firwan : "Students are backbone of revolution. "

2 comments:

  1. Kadang2 kita tahu apa yang kita hendak dan akan buat.. persoalannya, bagaimana?? -fikir-fikirkan :)

    ReplyDelete
  2. jgn sia-siakn amanah yg diberi..

    ReplyDelete