Thursday, January 28, 2010

Jawapan untuk persoalan hati…

Cuti sebenarnya seminggu.. Namun aku terpaksa datang awal kerana ada urusan yang perlu disetelkan sebelum cuti berakhir. Ya Allah… banyak betul amanah yang perlu diambil perhatian sebelum cuti midsem berakhir. Mengenangkan assignment yang bertimbun masih belum disetelkan, pembentukan kabinet baru MPP UIAM, exam midsem yang bakal menjelang (tak study apa pn lagi) dan food testing pada ahad dan isnin.

Sabar Hakim…. Rileks2…..

Aku sebenarnya tidak puas bercuti. Yelah, berbahagia bersama ummi, ayah dan keluarga tersayang. Namun dek kerana tuntutan tugas dan urusan perjuangan di bumi kuantan, kita perlu tahu dan mendalami apa ertinya tanggungjawab dan pengorbanan.

Cutiku digunakan untuk merehatkan otak dari memikirkan persoalan remeh. Namun, otak tidak dapat berehat dari pelajaran (assignment la ni). Alhamdulillah… cuti ni aku dapat siapkan 3 assignment. Namun bertimbun masih ada…. Yelah, kurang2 ada jugak buatkan..

Apa yang menarik minatku pada cuti ini…. Dan aku tidak menjangka, bahawa suatu persoalan hati ku telah dijawab… Hahaha… Memang memberikan makna dalam masa cutiku ini. Ayah dan ummi memang memahami apa yang terbuku di jiwa dan hati anaknya ini. Aku syukur sangat2.. Aku memang kagum dengan ayah dan ummiku. Satu demi satu soal hatiku dijawab oleh ayah ummi walaupun aku kadang-kadang berjenaka dalam bertanya. Namun jawapan dari mereka TEPAT, JELAS, dan MANTAP. Ya Allah, aku syukur kepada-Mu.

Ayah dan Ummi,
TERIMA KASIH SANGAT-SANGAT..

Hati besarku terus berbisik “Bila nak bertindak? Cepatlah....“

Hati kecilku pula menyapa “Jangan tergesa-gesa, mintalah petunjuk dari-Nya. DIA lebih mengetahui”

Aku pula berkata kepada diri “Betul, jangan tergesa-gesa. Tergesa-gesa tu syaitan. Bertenang dan rileks. Insyaallah masanya akan tiba”…

Satu lagi persoalan hatiku telah terjawab….. Alhamdulillah…

2 comments:

  1. salam...adakah anda sedang mengalami konflik dalaman??? urm....

    ReplyDelete