Thursday, January 28, 2010

Let's Work Together...

Suasana di bilik mesyuarat Kulliyyah Perubatan itu agak resah. Talian dengan Gombak masih gagal dicapai. Tiba-tiba kedengaran pengumuman bagi kerusi kampus Kuantan walaupun skrin tidak memancar siaran dari Gombak. Bermula dengan Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu.

“ Marlina Bt Mohd Zain 144”
“Mohd Hakim B Zakaria 212”
“Nurhasanah Bt Mazlan101

“Winners for Allied Health Sciences constituency are Mohd Hakim Zakaria and Marlina Bt Mohd Zain”

Demikian pengumuman kemenangan calon2 dari kulliyyah aku. Aku dan Kak Mar telah dipilih Allah untuk memikul amanah besar di bahu. Barisan pengundi Kulliyyah Allied Health Sciences telah mempertaruhkan kepercayaan terhadap aku dan Kak Mar untuk mewakili dan membawa suara mereka dalam Majlis Perwakilan Pelajar UIAM. Dalam suasana itu, aku masih terdiam. Salam2 tahniah yang dihulurkan oleh orang2 berdekatan disambut olehku tanpa ku sedari dengan siapa aku bersalam. Mesej2 tahniah dan takziah memenuhi ruang inbox hensetku. Ada nombor yang dikenali dan nombor yang tidak dikenali.
Pemilihan aku sebagai salah seorang Ahli MPP UIAM tidak boleh dianggap suatu mimpi lagi. Kini ia menjadi reality dalam kehidupanku. Aku perlu bersedia menghadapi cabaran dan rintangan di depan mata. Aku tahu, bukan mudah untuk menjadi seorang pemimpin. Apatah lagi untuk menduduki kerusi pimpinan tertinggi pelajar di peringkat university. Aku tidak pernah bermimpi untuk berada di kerusi ini, namun hakikat perlu ku telan. Allah telah mentakdirkan aku ke sini. Kerusi ini bukan peluang untuk menikmati mimpi indah, apatah lagi untuk berasa megah. Ini adalah amanah yang perlu ditunaikan.

“Kepimpinan itu TAKLIF, bukan TASYRIF”

Kata-kata Ustaz Syed pada malam wacana mengingatkan aku kepada kata-kata temanku sewaktu sekolah. Kata-kata yang sama, Cuma dituturkan insan yang berbeza. Amanah besar terpikul dibahu. Pastinya, aku mengharapkan sokongan dan dokongan teman-teman dalam melaksanakan amanah ini. Kadang-kadang timbul rasa takut dalam diri. Namun, motivasi dari ummi dan ayah telah melembutkan hatiku. Ummi dan ayah menaruh keyakinan terhadap kemampuanku. Yang penting, jangan sampai tinggal studi…. Insyaallah, studi tetap jadi priority. Buat semua, terima kasih kerana memberikan kepercayaan ini buatku. Doakan semoga segala urusanku dipermudahkan. Semoga perjuangan MAHASISWA akan berjaya. Doa daripada semua amat kuharapkan. Semoga janji2 dalam manifesto akan tertunai……. Marilah kita bergerak bersama… Memacu perjuangan menuju kemenangan.. Insyaallah..

“LET’S WORK TOGETHER”

No comments:

Post a Comment