Sunday, July 12, 2009

Menyingkap tabir memori...

Orang cakap dalam bulan Julai adanya satu hari dinamakan Hari Persahabatan. Wallahua’lam, aku tak tahu sejauh mana kebenarannya. Tapi bulan julai ni jugak, semester baru akan dibuka kembali. So, sempena julai dan sempena nak buka sem baru ni, aku nak coretkan balik kenangan-kenangan pertemuan pertama aku dengan rakan-rakan satu batch Allied Health Science sekali dengan aku.. Aku nak cerita camne aku kenal Bro2 allied, budak2 diet dan budak2 sekelas core course aku masa CFS… Insyaallah, yang lain aku cuba ceritakan lain kali.

OK.. Kita mulakan dengan 16 orang brothers dulu.. Amir Hakim aku kenal masa taaruf week CFS, masa tu nak exam EPT. Sebelum masuk exam, kitaorang bertegur sapa la dulu. Selain tu jugak, Amir satu GPDP nga aku. Rahman aku kenal masa sekolah lagi. Senior aku dulu kot. Zul aku kenal masa nak exam computer. Faizal aku kenal kat ABC, aku ajak dia join kuiz. Elza aku kenal masa taaruf week CFS jugak, aku cakap muka dia sama dengan muka kawan aku. Kitaorang bertegur sapa. Rizal aku kenal masa sama-sama jadi taaruf committee sekali dengan aku. Lepas tu, kitaorang ditakdirkan sebilik masa second year CFS. Razuan pun aku kenal masa kat ABC, pun sebab aku ajak dia join kuiz. Izzul dan Abrar tak payah cakap la, diaorang budak allied pertama ku kenal. Dah memang roommate aku masa kat ABC. Naim, Ridha, dan Shahril aku kenal sebab sekelas core course dengan aku dulu, dengan Shahril lagi la, setiap sem satu kelas termasuk kelas English. Hasan aku kenal sebab satu GPDP nga aku. Memang selamba kot Hasan. Aizat pulak aku kenal masa kat CFS jugak, satu lab chem nga aku. Lastly, Faiz aku pulak kenal sebab masa tu Barra (roommate aku masa ABC) nak pergi Pameran Sains Islam. So, aku pergilah sekali. Barra cakap nak ajak kawan dia, kawan dia tu la Faiz…..Camtu la aku kenal Faiz… Hehehe..

Pastu, aku nak cerita pulak camne aku kenal budak-budak diet ni. Memang secara jujur, kebanyakan aku baru kenal bila aku masuk UIA Kuantan. Ada jugak yang aku kenal sebab core course masa matrix. Antara yang aku kenal bila masuk kelas Dietetik kat UIA Kuantan; Ekin, Aina, Husna, Farhana, Ezzaity, Iman, Nena, Syazwani, Hakimah, Hafizah, Hasmira,Norma, Rushda, Sakinah, Munirah, dan Salsabila.. Dioarang ni aku kenal masa kat Kuantan la. Bie aku kenal sebab 1 kelas English nga aku masa matrix. Hidayah Che Ma, Mardhiah, Azizah, Kak Fiki, Ruwaida, Nazirah, Izzah dan Sarah aku kenal sebab 1 core course nga aku masa matrix dulu. Sarah mungkin aku kenal awal sikit kot, before masuk 1st class chem (Kelas Miss Daliza). Masa tu dia nga lagi sorang member (Izzati) dok sembang2 sebelum masuk kelas chem. Azizah paling mudah diingati namanya coz namanya selalu mula-mula disebut masa Madam Harlina amik attendance.Hidayah Che Ma, kalo x silap aku kenal sebab dia cakap Kelantan. Aku ingatkan dia orang Kelate. Kak Fiki dan Ruwaida pulak tak pernah tak sekelas dengan aku. Semua sekelas termasuk kelas English masa kat matrix dulu. Sampai Kuantan pun, x berpisah lagi. Kak Mar dengan Liyana pulak aku kenal sebab GPDP nga aku masa matrix dulu. Masa tu, brother (aku, Hasan, Amir dan Azri) suka sangat mengarut dalam group.

Tu cerita budak-budak diet, pastu nak cerita budak2 core course matrix sekali nga aku yang tak amik diet. Aku kenal Murni, Nurul Izzah, Mashitah, Hidayah Nordin, Farhana, Hidayah Zahid, dan Hafizah..
Sume sebab satu kelas core course dengan aku dulu. Hidayah Zahid pun kelas Bi dengan aku jugak dulu Mungkin Hafizah la kot yang agak awal aku kenal, masa tu lepas tengok group BI, dia ada tanya aku pasal kelas Fizik.. Nurul Izzah nga Mashitah antara yang pendiam dalam kelas tu. Banyak betul cerita-cerita tentang kawan-kawan aku semua ni masa CFS dulu.

Apepun, biar la semua tu menjadi kenangan-kenangan dan memori yang tersimpan. Ambillah pengajaran daripadanya. Hargailah persahabatan yang terjalin.. Walau di mana pun kita bermula…. Yang penting KEIKHLASAN dan KEJUJURAN dalam berkawan.

No comments:

Post a Comment