Monday, July 13, 2009

Selamat Kembali.. Tanggungjawab baru.. Cabaran baru

Alhamdulillah... Tepat 5.15 pagi 11 Julai 2009, Aku selamat tiba di Terminal Makmur, Kuantan. Menuruni tangga bas membuatkan aku bersyukur. Masih dipanjangkan hela nafasku dan degupan jantung serta denyutan nadiku untuk menyambung perjuangan yang suci ini. Aku berharap langkah yang diperbaharui ini mendapat keberkatan dan rahmat dari-Nya.

Setiba di terminal, aku menghubungi teman sebilikku (Drome) . Mintak tolong ambil aku kat terminal.. Alhamdulillah, beliau sudi membantu. Seboleh-bolehnya aku malas nak menyusahkan beliau, sebab tu la aku minta kat pakcik bas tu nak turun depan UIA. Tapi bas tu ikut jalan lain la pulak. Ape pun, Terima Kasih banyak-banyak kat Drome... Jasamu kukenang.

Sekembali ke UIA, bermakna aku membuka tirai baru dalam rentak perjuangan. Episod baru sudah dimulakan. Pengalaman di tahun pertama cukup mengajar diriku agar lebih bersedia menantikan cabaran-cabaran mendatang. Aku kini bergelar pelajar tahun dua dietetik. Melihat subjek-subjek yang ada memberikan gambaran bahawa aku perlu bersiap-sedia menghadapi cabaran-cabaran dalam bidang pengajianku. Bermakna satu strategi baru perlu dirangka bagi memastikan aku dapat mengimbangi amanah yang ada sebagai seorang pelajar, anak, abang, sahabat, penggerak persatuan dan paling penting sebagai KHALIFAH ALLAH di muka bumi ini..

Tanggungjawab baru yang dipikul pada kali ini pasti memberikan cabaran buatku. Memikirkan program yang berkesan, gerak kerja yang tersusun dan paling penting impak yang membina kepada semua. Apa yang aku harapkan, semoga tugas baru ini mampu memberikan kesan yang positif kepadaku dan merupakan suatu latihan agar aku menjadi lebih baik serta mampu menaburkan bakti dan budiku untuk ISLAM pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment