Saturday, July 11, 2009

Ada akal? Fikir la..

“Budak perempuan paling popular sekolah kau dok kat mana sekarang?” suatu hari temanku bertanya.

“Sekolah aku xde perempuan yang popular, cikgu ada la” jawabku.
“Yeke?” Temanku seakan tak percaya.

“Hahaha, fikir la sikit.. Aku x pernah sekolah nga budak perempuan la. Sekolah menengah dan sekolah rendah…. 11 tahun x pernah belajar campur nga budak perempuan.” Aku memberikan jawapanku.

“Serius???” Temanku terpukau. Seperti x percaya.

“Yelah.. takkan aku nak tipu. Tapi belajar campur nga perempuan adalah setahun, masa tu kat tadika. Umur 6 tahun” Aku cuba berjenaka.

“Ceh.. Tadika tak payah la nak cerita.. Abis, ko xde masalah ke masa mula-mula masuk UIA?” Temanku menyambung bicara.

“Masalah?? Ko tengok aku ada masalah ke??” Aku cuba menimbul pertanyaan di atas pertanyaannya.

“Bukan ape, aku x nampak ko tak macam datang dari sekolah yg satu jenis je.

“Hmmm…”aku Cuma tersenyum. X dapat memberikan sebarang respon.

Sememang aku akui, aku dtg dari sekolah yang hanya mengandungi pelajar-pelajar lelaki sahaja. Baik di sekolah rendah (SKSI 1) ataupun di sekolah menengah (Maahad Muhammadi Lelaki). Namun itulah hakikatnya, sejarah bagi diriku. Dan aku sentiasa bersyukur, walaupun hidup tak pernah bergaul dengan budak perempuan di sekolah aku masih dapat menyesuaikan diri bila aku menjejakkan diri ke Pusat Asasi UIAM (Masa tu Pusat Matrikulasi UIAM). Begitu juga bila aku mengikuti PLKN, aku masih dapat mematuhi disiplin pergaulan yang ditetapkan.

Dan masa remaja, aku telah di”mindset”kan dengan satu ungkapan:

“Dalam dunia ni,lelaki dan perempuan adalah saling melengkapi. Tanpa lelaki, tiadalah perempuan dan tanpa perempuan juga tiadalah lelaki. Hidup kat ceruk mana pun atas dunia ni, Allah dah jadikan tiap-tiap sesuatu itu berpasangan.. Betapa bijaksananya ALLAH”

So, kita sebagai manusia berakal, fikir2 la sendiri….

No comments:

Post a Comment