Friday, June 19, 2009

Kisah Sampan, Lautan dan Pulau (Bahagian 1)

Apa yang ingin aku ceritakan ini adalah kisah tentang sampan, pulau dan lautan. Kisah 4 pemuda dan sampan-sampan mereka.

Pemuda pertama bersemangat untuk mengemudi sampannya. Tanpa mengetahui ke pulau mana ingin ditujuinya, ditambah pula dengan keadaan sampannya yang tidak mempunyai kelengkapan2 secukupnya dia terus mengemudi perahunya mengharungi badai lautan. Akhirnya, dia hanyut ditelan lautan ganas.

Pemuda kedua pula turun mengemudi sampan miliknya. Sampannya mempunyai kelengkapan untuk mengharung lautan. Maka dia terus mengharungi badai lautan. Di tengah gelora lautan, sampannya tidak cukup kuat untuk mengharung badai. Rupanya, sampannya masih belum “matang” untuk dikemudikan di lautan. Tambahan pula, keyakinan berlayarnya tidak disertai doa kepada Allah semoga sampai ke pulau impian. Dia juga hanyut ditelan lautan ganas.

Pemuda ketiga pula turun untuk mengemudi sampannya. Tanpa pengayuh, dia sekadar berdoa dan berharap sampannya bergerak ke pulau impian. Namun, sampannya tak bergerak2. Maka, tinggallah dia di situ terus di dalam penantian.

Pemuda terakhir pula bersedia untuk melayarkan sampannya ke pulau impian. Dia yakin masanya dah tiba. Sampannya telah siap di”servis”. “Hmmm..memang dah sampai tempoh masanya” kata hatinya. Pengayuh dicapainya. Dengan keyakinan, pengetahuan dan tawakalnya kepada Allah, dia mengemudi sampan mengharungi lautan ganas. Di tengah lautan, badai melanda namun sampannya cukup kuat untuk mengharungi samudera. Pemuda itu yakin, apa yang dia lakukan adalah kerana Allah. Dia pasti berjaya. Akhirnya, dia dapat sampai ke pulau impiannya. Dia mengucapkan syukur kepada Allah…….

Cerita di atas hanyalah sekadar sebuah analogi. Nak tahu tentang apa, nanti ye…….

Bersambung…

No comments:

Post a Comment