Monday, June 15, 2009

Sembang-sembang muktamar PAS: Apa mesej perwakilan.

Buat pertama kali, aku menulis entry berkenaan dengan politik. Untuk entry politik yang pertama, aku ingin mengupas berkenaan muktamar Pas yang ke-55. Muktamar PAS ke-55 telah lama berlalu. Kebanyakan perwakilan amat berpuas hati dengan perjalanan muktamar tersebut. Sistem audio dan video dikatakan antara yang tercanggih dalam sejarah muktamar PAS. Atas permintaan beberapa orang teman yang ingin aku mengupas pendapat aku berkenaan perjalanan dan hasil muktamar,aku meringankan tanganku untuk menaip entry berkenaan muktamar tersebut. Cewah…macam penganalisis politik pulak aku ni.

Muktamar PAS ke-55 telah menyaksikan YB Ustaz Nasharudin Mat Isa berjaya mempertahankan jawatan timbalan presiden yang disandangnya sejak 2005. Selain itu, Pas juga mendapat Naib Presiden yang baru iaitu Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, YB Salahudin Ayyub, dan YB Mahfuz Omar. Kemenangan YB Salahudin juga seperti melengkap kemenangan bekas ketua pemuda part-parti utama ke jawatan naib presiden sebagaimana yang berlaku kepada Datuk Seri Hishamudin (UMNO) dan Dato’ Seri Liow Tiong Lai (MCA). Muktamar kali ini juga menimbulkan beberapa isu yang diutarakan, bukan setakat oleh pendokong dan penyokong PAS, malah barisan lawan (baca: UMNO). Bagi aku, isu yang menjadi cakap-cakap rakyat ini bukan sekadar menjadi soalan, bahkan jawapan kepada tanda tanya berkenaan PAS. Biarlah di sini aku memberikan beberapa pendapatku terhadap persoalan-persoalan yang ditanya (walaupun aku bukanlah orang yang arif terhadap persoalan tersebut). Sekadar pandangan dan pendapat peribadi.

1. Kenapa Ustaz Nasharudin mampu menang besar untuk jawatan timbalan presiden? Adakah perwakilan menolak golongan professional untuk jawatan kedua tertinggi tersebut?

Pada hemat saya: Soal penolakan terhadap golongan professional tidak seharusnya timbul. Jika diimbau kembali keputusan pemilihan 2005, Ustaz Nasharudin dikatakan mewakili golongan professional. Begitu juga pada 2007, apabila beliau dikatakan mewakili golongan professional dan menewaskan Ustaz Harun Taib. Sebenarnya, soal professional atau ulama hanyalah suatu label yang diletakkan oleh golongan-golongan tertentu. Isu professional @ ulama’ tidak seharusnya timbul. Jika kita masih ingat sewaktu Allahyarham Ustaz Fadzil Noor memimpin Pas ketika dulu, beliau telah mempekenalkan visi “mengulama’kan professional dan memprofesionalkan ulama’”. Sepatutnya, visi ini boleh menjadi penanda aras kepada semua penyokong dan pendokong Pas. Kedua-dua golongan ini memainkan peranan yang sama-sama penting bagi memastikan perjuangan Pas diterima oleh semua. Berkenaan undi tinggi yang diperolehi oleh Ustaz Nasharudin, aku tidak mampu persoalan ini secara tepat, hanya perwakilan yang lebih mengetahuinya. Tetapi bagi aku, kenyataan Ustaz Nasharudin bahawa Pas tidak akan bergabung dengan UMNO merupakan antara kenyataan yang membuatkan perwakilan memikirkan bahawa kesemua calon timbalan presiden (Ustaz Nasharudin, Dato’ Husam dan Mohamad Sabu) mempunyai pendirian yang sama (mahukan PAS kekal dalam Pakatan Rakyat).

2. Adakah kekalahan sebahagian besar pimpinan dari Kelantan bererti penolakan terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Aziz (TGNA)?

Pada hemat saya: Secara peribadi, aku tidak bersetuju jika dikatakan perwakilan menolak kepimpinan TGNA. Kepimpinan TGNA masih relevan dengan dengan PAS. Bagi aku, kekalahan pimpinan dari kelantan bukan disebabkan TGNA, tetapi mungkin kerana pimpinan dari Kelantan kurang popular di peringkat nasional. Pendedahan terhadap Ustaz Nik Amar, Anuar Tan, Dato’ Takiyudin adalah kurang di peringkat nasional. Bagaimana pula denga Datuk Husam? Kita perlu ingat Datuk Husam bertanding antara jawatan tertinggi yang memerlukan pemenangnya hanya seorang. Maka, persaingannya adalah sengit. Jika kita lihat pertandingan di peringkat Jawatankuasa Pusat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mendapat undi tertinggi. Sememanngnya hakikat yang perlu diakui, Nizar merupakan calon paling popular kerana keberaniannya yang mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Namun saya tertarik dengan jawapan YB Shah Alam, Khalid Samad berkenaan soalan ini dalm rancangan “HUJAH” di TV9. Beliau mengatakan bahawa dalam PAS terdapat ramai pemimpin yang hebat-hebat, dan isu kenegerian tak pernah timbul. Malah wakil dari Kelantan bukannya tiada, Dalam AJK Pas Pusat masih ada Datuk Kamarudin Jaafar.. Penerangan yang boleh diterima. Demikiannya alkisahnya keputusan pemilihan PAS pada muktamar kali ini.

Kekalahan pimpinan dari Kelantan bukan penolakan kepimpinan Tok Guru


3. Bagaimana pula dengan isu kerajaan perpaduan pada muktamar kali ini.

Pada hemat saya: Aku masih tak mahu memberikan sebarang pendapatku berkenaan kerajaan perpaduan. Cuma, aku ingin bangkitkan beberapa persoalan yang berkaitan kerajaan perpaduan yang diutarakan oleh Presiden PAS:

a) Adakah kerajaan perpaduan sama dengan kerajaan Campuran?

b) Jika diwujudkan kerajaan perpaduan, siapakah yang menjadi pelengkap system “Check & Balance”.

c) Bagaimana cadangan kerajaan perpaduan boleh timbul?

d) Apa yang diutarakan oleh Presiden PAS hanyalah cadangan bersifat akademik. Kenapa ia menjadi isu yang belum diketahui keputusan mesyuarat majoriti?

Insyaallah, jika berpeluang aku akan cuba mencari jawapan-jawapnanya. Tapi kalau ada sesiapa yang ingin membantu, dialu-alukan….

No comments:

Post a Comment