Sunday, June 28, 2009

Menuju Transformasi

Alhamdulillah...
Walaupun cutiku masih panjang (kira2 dalam 2 minggu lebih), namun cuti kali ini memberikan makna dan pengertian yang penting dalam hidupku. Mungkin ada teman2 yang mengisi masa cuti dengan bekerja, atau mungkin ada yang belajar.... Tapi bagiku, alhamdulillah cuti ini seperti memberikan semangat baru untukku. Semangat untuk berhijrah, semangat untuk jadi semakin kuat dan semangat untuk melakukan segala2nya. Ummi pernah menasihatiku, hidup kena jadi orang yang bermaruah... Pasti pesanan ummi takkan pernah ku lupa. Jika hendak dibuat senarai aktiviti atau rutin harian cutiku, mungkin sama sahaja pada pandangan mata kasar seorang manusia sebab aku buat benda sama je tiap2 hari (melainkan ada urusan2 lain). Namun daripada apa yang aku buat setiap hari beserta dengan aktiviti2 tambahan yang lain, aku telah mendapat pengajaran dan pengalaman yang cukup berguna dan bernilai.. Tekadku semakin kuat. Pernah aku dengar dalam suatu majlis ilmu dulu, ada penceramah tu bagitau bahawa tiada hijrah selepas hijrah ke Madinah melainkan dua perkara; Azam dan Jihad. Aku perlu teruskan tekad dan terus bersemangat.
"Bersedia!!! Menuju transformasi........"

No comments:

Post a Comment