Monday, April 27, 2009

Cerita-ceritaku (Part2)

Cerita 2: Salam Ziarah Bumi Kedah


Akhirnya, aku berkesempatan untuk menziarahi bumi Kedah Darul Aman. Alhamdulillah, dapat jugak aku berpijak di bumi utara buat pertama kalinya dalam hidup aku. Sebaik menamatkan baktisiswa jumaat lalu, aku bertolak terus ke rumah abe aku kat KL pada malam tu. Lebih kurang jam 11.30 malam, aku sampai di KL. Alhamdulillah, aku dapat sampai ke rumah abe aku kat kepong setelah dijemput oleh abe aku dengan kereta kembara baru milik ummiku. Rupa2nya ummi beli kereta baru. Tak sangka pulak.... Paling best, dapat jumpa dengan ummiku.. Wah, terlerai rindu..


Keesokan harinya kami bertolak ke Kedah. Wah, jauh sungguh perjalanannya.. Melangkah Selangor,Perak dan Pulau Pinang membuatkan aku kadang tertidur di dalam kereta. Lebih kurang pukul 5.30 petang. Alhamdulillah, aku lihat masyarakat negeri yang dipimpin YAB Ustaz Azizan Abdul Razak ini tak jauh berbeza dengan masyarakat di negeri pimpinan tok guru Nik Aziz (Baca Kelate).

Actually, kedatanganku ke Kedah adalah untuk menghadiri majlis konvokesyen abangku di politeknik Jitra. Di kedah, sempat la aku membeli sedikit barangan, merasai makanan yang best sambil menonton siaran langsung perlawanan bola sepak antara kelantan dan selangor. Waa...kecewa pun ada gak la tengok kelantan kalah penalti 4-1. Tapi nak wat camne, kalah menang adat permainan....

Aku pulang dari kedah pada petang ahad, berkira2..... Nak balik kelate ke pergi selangor dulu..? Fikir punya fikir, aku pun amik keputusan untuk pergi selangor dulu... Boleh gi low yatt dulu n wat ape2 yang patut lagi.. Sekarang aku masih berkembara lagi di bumi selangor dulu sebelum balik Kelate.. Sambil2 menunggu result yang bakal keluar.. Tawakkal je la skg...

No comments:

Post a Comment