Monday, April 27, 2009

Cerita-ceritaku (Part1)

Alhamdulillah....
Setelah lebih seminggu aku tak blogging, kali ini aku berkesempatan.
Banyak yang aku nak tulis dalam entry kali ini. Banyak yang hendak dikongsikan dengan penziarah-ziarah blog ini.......

-----------------------------------------------------------------------------------------
Cerita 1: Aku dan Baktisiswa

Alhamdulillah... Akhirnya program Jalinan Budi (baktisiswa) berjaya dihabiskan dengan lancar sekali. Sekaligus, aku sebagai PR untuk program ini berasa sangat bersyukur. Penatku dirasakan berbaloi. Aku tak tahu nak cakap macam mana, mungkin kerana segala urusan dipermudahkan, x banyak sangat masalah yang timbul membuatkan aku berasa sangat bertuah menyertai Team Jalinan Budi 2009.

Pastinya, jutaan terima kasih aku hulurkan buat semua rakan yang membantu meringankan segala urusanku. Untuk Gee, aku sangat berterima kasih kepadanya kerana membantu menyelesaikan urusan PR dan menghadiri mesyuarat di Pekan. Memang enjoy buat kerja. Komitmen Gee untuk program ni as PR, aku bagi 1o bintang kot.... Susah nak dapat partner yang komited. Untuk semua Mainboards, aku hulurkan jutaan terima kasih kerana membantu dan mempermudahkan segala urusan aku. Thanx for Epah, K. Syidah, K.Fiki, Mar dan Jepah untuk segala tunjuk ajar, surat2 yang ditaip serta claim top up yang aku dapat balik.

Buat semua committees dan subcoms yang lain, aku titipkan ucapan terima kasih yang tak terhingga atas sokongan yang korang bagi dan keceriaan yang dikongsi bersama sepanjang program. Tanpa kerjasama dari semua, aku tak rasa program ni mampu membuahkan kejayaan seperti ini... Selamat bercuti untuk semua dan jumpa lagi nanti...

Kembara Mujaddid:
Teringat kata Dr Nik semasa program
"Dalam kita membuat sesuatu, bila kita fikirkan apa yang kita perlukan melebihi daripada apa yang kita inginkan.... Kita akan dapat hasil yang melebihi keinginan kita"

Bersambung..........................................

3 comments:

  1. terima kasih jugak.
    dan maaf atas segala kekurangan dalam pengurusan.

    keep up the good work.

    ReplyDelete
  2. yeah!
    hakim yang mantap dan berwibawa!
    tahniah2!
    ^_^

    ReplyDelete
  3. To As>: Sama2. Maaf jugak.

    To MAR>: Ku cuma insan biasa

    ReplyDelete