Wednesday, April 29, 2009

Debar menanti....

Aku melihat jam hensetku. 6.15pm. Lantasku buka komputer kepunyaan abangku. Mungkin masanya dah tiba kot. Cuba memasuku website yang diingini. Alamak!! masalah connection pulak. Aku tak berputus asa. Ku cuba lagi. Masih hampa.
Lantas aku hantar sms kepada seorang temanku. Bertanyakan hal yang diingini.

"Entah, xnak amik tahu lagi" demikian sms yang direply oleh temanku itu.

Hmm...aku cuba buka website2 lain dulu. Masih x dapat. Setelah lama menanti dan beberapa kali mencuba, jam menunjukkan pukul 6.50p.m. "Try lagi la....." bisik hati kecilku.

Boleh la...boleh la...boleh la... Berharap ni.
Ah...dapat gak akses website ni.. Terus ke bahagian resources. Dapat gak.. Aku mengisi maklumat yang dikehendaki.

Debar menanti.............................. Terus berdebar lagi..
Dah keluar...

ALHAMDULILLAH.....

Itulah yang mampu hati kecilku ucapkan sebaik melihat RESULTku dipapar di skrin komputer..

Aku bersyukur kepada MU.. Ya Allah..
Thanks ummi n ayah kerana doamu...
Buat semua sahabat2 GD, syukran di atas segala perkongsian ilmu kita bersama...

Ku harap ini akan menjadi peransang untuk aku berusaha lebih gigih pada masa akan datang.. Dan yang pasti, ku harap kejayaan yang lebih baik...

Kembara Mujaddid:
Tanggungjawab semakin bertambah, cabaran semakin hebat melimpah....

No comments:

Post a Comment