Sunday, March 1, 2009

Kursus Kahwin..... (sebuah cerita)

Letih sungguh kebelakangan ni.. Mana taknya sibuk betul dengan kursus kahwin. Amanah sebagai Head untuk Registration committee menyebabkan aku terpaksa menyemak dan meng'update' beberapa kali nama2 peserta yang mengikuti kursus kahwin ini. Selepas berakhirnya exam Human Structure & Function 2 selasa lalu,aku terus bergegas pulang ke bilik. Bukan untuk berehat or tidur, sebaliknya menunaikan kerja2 yang masih belum diselesaikan.
Itu adalah semakan terakhir dan nama2 itu akan dihantar ke JAIP.

Weekend aku dihabiskan dengan menghadiri kursus kahwin. Bukan sekadar sebagai urusetia bertugas, tetapi juga peserta juga.

"Kata orang sambil menyelam sambil minum air"


Begitulah antara isi perbualan aku dengan seorang brother dari JAIP.


---------------------------------------------------------------------------------------
Pernah seorang teman aku bertanya:

" Ko dah nak kahwin ke?"

"Xdelah. Kenapa tanya camtu?" aku bertanya..........

"Yelah, dah join kursus kahwin, pastu siap jadi committee lagi... "

Aku pun menjelaskan kepadanya.....

"X semestinya... Dah kebetulan aku diajak untuk jadi committee, pastu kena pulak masa tu aku xde sebarang program lain dalam planner aku (sebelum perubahan tarikh ESP workshop), aku join sekali la.. Lagi pun dah bayaran lagi murah dari kat luar sana.. Masuk je la"

Aku menyambung lagi....

"Actually aku x gatal nak kahwin pun lagi, aku tahu mak aku tak berapa kasi kalo anak2 lelaki dia nak kahwin awal2 (maksudnya xde keje lagi).... Nak jaga anak orang bukan senang.. N aku masih muda lagi, baru 21 tahun.. Maybe ada 4,5 or 6 tahun lagi la kot"

Kawan aku bertanya lagi:

"Tapi aku dengar dulu, ada orang cakap ko dah x payah pergi kursus.. Coz dah ada SMU (Sijil Menengah Ugama)"

Aku menjawab:

"Mungkin...... Tapi sijil SMU boleh guna untuk kahwin kalau perkahwinan tu didaftarkan di Kelate, kalo negeri lain tak pasti la"

"Pastu, ko nak kahwin nga orang luar Kelantan??" Kawan aku semakin minat bertanya..
Aku menjawab lagi:

" X semestinya.. Masuk kursus untuk dapatkan ilmu2 tu.. Soal Kelate atau tidak soal kedua.. Kalau jodoh nga orang kelantan... Alhamdulillah. kalau bukan dengan orang kelantan pun Alhamdulillah jugak.. Allah dah tentukan yang sebaik2nya untuk kita. Yang penting bagi aku, nak pilih isteri ni biarlah yang dapat terima kita seadanya.. Yang penting sekali, family ecspecially mak ayah aku dapat terima dia sebagai ahli keluarga aku keluarga dia jugak dapat terima aku.. Biar dapat restu mak ayah dari kedua2 pihak."

Kawan aku terkesima.... Xtau la.... kagum ke, terkejut ke.. Wallahua'lam.

Tapi aku harap jawapan x disalahtafsirkan olehnya.. Dan aku tahu harap dia juga tahu, aku seorang yang ada pendirian dan impian sendiri...

Dan di usia ini aku selalu memberitahu hatiku:

Sabarlah hati,
Cinta akan mendatangi,
Sabarlah hati,
Cinta sejati pasti kau temui,
Sabarlah hati,
Utamakan pelajaran dulu buat masa ini,
Sabarlah hati,
Yakinlah dengan janji ILAHI,
Sabarlah hati,
Allah x akan meninggalkan hambaNya sorang diri....

Maka, BERSABARLAH DULU WAHAI HATI......

No comments:

Post a Comment