Tuesday, March 10, 2009

Sharing moment with Dr Rizal

Khamis lalu (5th February 2009), aku berkesempatan bertemu dengan Dr Rizal. Ditambah dengan ketiadaan kelas pada hari tersebut, aku dan faizal berpeluang berkongsi cerita dengan Dr Rizal. Yelah, kami akan pulang ke KELATE pada malam tu. Dr akan pulang ke Indonesia pada hari sabtu nanti.. Banyak isu dan cerita yang dibincangkan. Dari pasal kes penceraian di Malaysia hinggalah ke harapan beliau untuk kami……

“Tadi saya ke seminar tentang penceraian di Malaysia. Makin hari makin tinggi. Kamu fikir kenapa banyak berlaku benda2 camtu?” Dr bertanya kepada kami.

”Komunikasi......” aku menjawab

”Mungkin....tapi pada saya jugak mungkin ada sebab lain....” Dr meneruskan kata2.

”Dr fikir kenapa?” Faizal bertanya.


”Mungkin sebab hantaran yang terlalu tinggi” Dr memberikan pendapatnya.

Dr menambah lagi ”Kalo hantaran yang terlalu tinggi, mungkin si laki2 terpaksa pulak berhutang sana sini. Pastu bila tiba di kemudian hari, kan masalah tu... Cuba bayangkan, kalo si laki2 baru je kerja, gaji pulak 4 angka.... Diminta hantaran 5 angka...susah la kat laki2 tu... Pastu, bila timbulnya konflik lepas kahwin, bisa timbul ungkit mengungkit... Lagi besar tu, bisa bawak bercerai”


”Saya tak kata hantaran kena rendah... berpada2lah.... Kena faham kemampuan masing2.. Kena fikir jugak soal lepas kahwin... Kan agama bilang suruh bersederhana”

Kami menyokong pendapat Dr... Islam menganjurkan kesederhanaan.. Xlah terlau rendah dan Xlah terlalu rendah...

Selepas tu, banyak yang diceritakan kepada kami, pengalaman beliau, harapan dan macam2 lagi....

”Nanti jangan lupa interaksi sama saya.... Mana tau suatu masa kita boleh bekerjasama” Dr memberikan harapannya kepada kami.

”Insyaallah Dr.. Saya pasti hubungi Dr nanti.... By email dan friendster” Aku menjawab harapan Dr. Rizal.

“ Doakan kami” pemintaan aku kepada Dr.

”Pasti... Saya akan doakan kejayaan kalian” Dr menambah.

Sesi petang itu diakhiri dengan sesi fotografi antara kami dan Dr.

Apepun, kami pasti mengenangkan Dr Rizal sebagai antara lecturer terhebat di UIAM.

No comments:

Post a Comment