Sunday, March 1, 2009

Merenung Kegemilangan lalu...

Belajar subjek ungs jumaat lalu (27/2/2009) memang menarik. Masakan tidak, aku langsung tidak mengantuk malah memberi sepenuhnya fokus kepada apa yang disyarahkan Ustaz Razak... Sehingga aku sendiri tidak memandang jam kerap kali sebagaimana biasa..

Isi kandungan lecture membuatkan aku memberikan sepenuh minat...

”A Brief Chronology of Muslim Civilization

Itulah tajuk yang menarik minat aku.. Bermula tahun 622M (Hijrah Rasul ke Madinah) diikuti 631 M (Pembukaan Kota Makkah) sehingga ke kemuncak kegemilangan pada pemerintahan pada pemerintahan khulafa’ Abbasiyyah.....


Ternyata dan tidak dapat dinafikan lagi, Islam pernah menguasai dunia.. Islam telah sampai ke bumi Sepanyol, Perancis dan membuka sebahagian besar Afrika. Telah tercatat dalam sejarah bahawa Islam pernah memiliki pemimpin2 sehebat Khulafa’ ar Rasyidin yang telah berjaya membuka dimensi kegemilangan, Salahudin al Ayyubi telah berjaya membebaskan Baitul Maqdis dari cengkaman tentera Salib pada 1187 M dan sejarah Islam membuktikan kehebatan seorang anak muda yang bernama Muhammad Al Fatih yang berjaya membuka Constantipole (1453M) yang kemudian diberi nama Istanbul. Muhammad Al Fatih inilah yang disebut dalam satu hadis:

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq;

“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Betapa hebatnya umat Islam terdahulu…. Memerintah dunia dengan adil dan saksama... Membuka dunia dengan kedamaian....
Sememangnya aku merindui semua itu. Kejatuhan Khulafa’ Uthmaniah di Turki pada 1924 seperti memulakan penyiksaan dan penderitaan ke atas Umat Islam di seluruh dunia. Seperti anak kehilangan bapa, umat Islam di seluruh dunia telah diserang dari pelbagai sudut dan segi.
Di manakah akan kita temui pemimpin sehebat Umar, Salahudin dan Muhammad Al fatih.....
Inilah pemimpin yang kita semua rindui sekian lama. Yang akan menyatukan umat Islam dari seluruh dunia...
Kegemilangan Islam perlu dikembalikan, Islam perlu kembali dijulang....
Menuju kebangkitan Era Khulafa’.....

No comments:

Post a Comment