Perjalanan panjang telah ditempuhi. Kepulangan aku ke Malaysia disambut dengan jutaan rasa. Kesempatan dan peluang berbakti di bumi Kemboja memberikan suatu pengalaman bermakna buat diri ini. Alhamdulillah, dari jauh khabar berita masih ku terima.
------- Alhamdulillah-----------------------
Selamat tinggal Malaysia...
Perjalanan berbatu-batu dari bumi Kuala Lumpur ke bumi Phnom Penh memberikan 1001 rasa buat diri. Dari Phnom Penh, perjalanan diteruskan ke Wilayah Kampong Champ. Melihat telatah manusia sepanjang perjalanan cukup menggamit perasaan kami. Alhamdulillah, katil empuk di Mekong Hotel memberikan peluang untuk kami berehat selama satu malam. Keesokan harinya, kami bertolak ke Kampung Ambil. Misi Kemanusiaan akan dilaksanakan di sini. Debu-debu jalanan bagai menjadi hiasan. Jauh jika nak dibandingkan dengan jalan raya di Malaysia.
Hari pertama di Kampung Ambil digunakan untuk membersihkan masjid dan kawasan yang akan digunakan untuk aktiviti berkhatan. Antik sekali penyapunya... Beberapa orang sahabat terus keluar untuk membeli alat-alat pencuci baru. Wakafkan kat masjid terus. Alhamdulillah. Hari ini juga kami gunakan untuk membantu Dr Dinon dan Dr. Murad mengisi ubat-ubatan dan alatan-alatan yang akan digunakan untuk aktiviti keesokan harinya.
Banyak urusan yang perlu diselesaikan pada hari ini. Semangat wonderpet terasa bila saling bantu-membantu menyusun barisan untuk mengangkat barang-barang sumbangan. Alhamdulillah....
Nak sambung cerita lagi ke x??
"Seorang sahabat berbisik.... eh, Hatyai tak habis cerita lagi dah masuk Kemboja???"
Aku cuma tersenyum.... Kedua-duanya pengalaman yang sangat manis bagi aku. Masanya tetap akan tiba... Sabar ye...

No comments:
Post a Comment