Saturday, July 31, 2010

Saatnya untuk memilih....

Saatnya untuk memilih,
Perjalanan yang sekian lama kulalui,
Yang sememang ku tahu tiada hujung akhirnya,
Yang ada hanyalah persinggahan,
Untuk mengatur langkah,
Sebagai penguat qiadah.

Kadang-kadangku rebah,
Namun ada yang memberikan semangat,
Ada yang terus meniupkan harapan,
Agar terus kuat....

Acap kali tiba di persimpangan,
Terkadang aku bertanyakan diri,
Mampukah membuat keputusan,
Persediaan ke gerbang baru kehidupan,
Dalam menilai segala pilihan...

Saatnya untuk memilih.....
Adakah masanya kini?????

3 comments:

  1. yes.. ini lah masanya.. tak payah bertangguh lg.. Terimalah kenyataan..

    ReplyDelete
  2. salam...mungkin ini renungan saudara.saya teringat pada kata-kata dari seorang palajar Thailand yg belajar di mesir.Dia berkata, pelajar malaysia ni semuanya baik tak kira lelaki or perempuan tapi satu jer...selalu kalah dengan perasaan sendiri,terlalu lemah dengan cinta.pelajar thai ini tiap-tiap hari mengitung hari untuk mati syahid mengenangkan keadaan negara yg selalu berbolak balik...kalau tak kenangkan negaranya,dia selalu mengenangkan nasib pelarian palestin,jadi dia luangkan masa utk saudara2 islam disana.hebatkan iman orang seperti ini....kekadang bila terfikir kata-katanya...saya terlalu malu untuk mengaku pelajar malaysia...malu kerana tak kuat iman..

    ReplyDelete
  3. salam....
    To anonymous:
    Terima kasih atas renungan. tapi sy kira saudara/i dah silap faham. Ini x berkaitan dengan cinta or perasaan. Dan soal pilihan tu, bukan nak pilih isteri.

    Ape pun... Terima kasih atas perkongsian.
    Mungkin kita boleh membuat lebih banyak perkongsian suatu masa nanti. Ecspecially hal ehwal global umat islam terutamanya umat islam di bumi Patani.....
    Kita sama-sama buat kajian kenapa negara mereka bergolak dan kita berkongsi ilmu ini...

    =)

    ReplyDelete