Monday, May 3, 2010

Mutiara dari Gedung Ilmu

Alhamdulillah... Cuti hujung minggu dari kesibukan kerja dan menguruskan kedai dihabiskan di Pesta Buku Kelantan minggu ini. Ramai juga orang yg menziarah (betul ke perkataan ni) pesta buku ni. Aku x melepaskan peluang untuk berkunjung ke pesta buku kali ni. Sekurang-kurang terubat juga kecewa x dapat ikut Pesta Buku Antarabangsa pada bulan april lepas. Tak nak la bercerita panjang... Hmm.. Juz nak berkongsi mutiara-mutiara ilmu yang aku dapat dari Pesta Buku tersebut.....
Buku yang aku nanti-nantikan sekian lama. Entah la kenapa aku tercari-cari buku ni sejak tahun lepas lagi.... Buku ni bukan la buku sejarah. Bukan juga novel biasa. Tapi novel ini berlatar belakangkan kisah perjuangan umat islam di bumi Patani. Tak habis lagi baca ni.. Baru 25% aku baca (ketika entry ini ditulis). Harap-harap aku mampu habiskan sebelum cuti.


Travelog Tarbiah yang aku nantikan...... Kini aku dah miliki... :-)


Belek2 rak buku kat situ... Jumpa buku ni. Penulisnya ialah seorang Pensyarah Universiti Muhammadiyah. Tengok overview... buku sejarah rupanya. Dari awal dakwah Rasulullah sehinggalah kepada kejatuhan khilafah Turki Uthmaniah. Ok kot. Sambar je...



Buku ni adik aku yang nampak. Dia cakap cantik. Bila aku tengok.... Macam best je. Walaupun aku x kenal penulisnya. Tawajuh Cinta... Hmmm. Amik satu.

Buku ini bukan aku punya, tapi salah seorang teman sekampus yang kirim. Ni dapat last stok punya kat pesta buku tu.... Alhamdulillah. Buka sem nanti baru boleh bagi agaknya (kalau x jumpa awal). Sabarlah temanku ye. Nanti aku simpan elok2 buku ni ye.



Entah bila dapat dihabiskan kesemua cenderamata ini... Nasihat seorang teman, letak target.. Pesan teman tu jugak, nanti wat review ye... Kongsi sekali...
Kembara: Berazam dan terus berazam. Insyaallah, nanti aku wat book review ye.....

2 comments:

  1. wah, bestnye dapat beli banyak buku.. Tgh bulan lepas ada jugak pesta buku kat tempat akak, jugak dari Kelantan tapi sewa kat sini. Tapi akak dapat beli 1 buku je, ongkos nggak ada habis masa praktikal...huhu sedih =(

    selamat memanfaatkan ilmu!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..smoga bertambah ilmu..dan dimanfaatkan untuk org lain..

    ReplyDelete