Saturday, May 1, 2010

Aku dan Kehidupan Siri 2: Menginjak remaja

Baru berkesempatan menyambung cerita.......
_______________________________________________
2001.... Aku menjengah ke dunia baru. Yelah, alam remaja la katakan. Aku melangkah masuk ke Maahad Muhammadi Lelaki setelah enam tahun menimba ilmu di SK Sultan Ismail 1. Nak masuk Maahad bukan mudah, ada dua ujian. Ujian lisan dan ujian bertulis. Pastu dia tengok result UPSR lagi. Masa hari ujian aku pun pergi seorang diri ke sekolah tu. Maklum la, dah sekolah pun dekat dengan rumah je. Lepas habis ujian bertulis, masuk pulak ujian lisan. Tak silap aku, masa tu kena baca petikan Surah Al-Baqarah. If x salah la....
Alhamdulillah, akhirnya aku diterima masuk ke tingkatan peralihan di Maahad. Dipendekkan cerita, orang pertama yang aku kenal ialah Ramadhan. Dia dok sebelah meja dengan aku. Salam perkenalan dihulurkan. Sampai sekarang aku masih bersahabat baik dengan Ramadhan. Dia dok kat USM sekarang. Biasa la budak2 baru masuk secondary school, punya la skematiknya aku. Entah la....Masa tingkatan peralihan, banyak giler subjek kena belajar. Subjek arab dan subjek bukan arab. Aku yang x pernah ada basic arab agak terkial2 mulanya. Tapi alhamdulillah, semangat punya pasal aku tak menghadapi sebarang masalah. Tingkatan peralihan ada lapan kelas semuanya, aku dok kelas kedua (Pra Madinah). Bayangkan betapa ramainya budak maahad ni.. Kagum2..
Tapi aku dok kelas kedua sementara je. Sebulan lepas tu aku naik kelas pertama. Ramadhan pun sama. Naik kelas ni bukan sebab terer pun, tapi sebab tingkatan tu kena restructure coz ada budak2 kelas 1st yang dapat masuk maahad pergi ke sekolah lain. So, belajar la kat kelas ni sampai bulan 4. Bulan 5 pulak kitaorang ada exam. Nama exam tu Ujian Khas Soff Awwal (UKSA). UKSA ni penting untuk tentukan sama ada kita orang dapat naik ke form pada penggal kedua @ bulan 6 atau pun tak. Kalau x berjaya, student tu kena amik form 1 masa next year. Kira agak terlambat setahun. Memang giler aku rasa exam ni. Mana taknya, seminggu tu hari-hari exam... Untuk 18 subjek rasanya.. WAWAWAWA...
Alhamdulillah, bila keputusan diumumkan.... Ada 60 pelajar yang berjaya melangkau kelas. Dalam 2 kelas la. Aku bersyukur kerana aku termasuk sekali. Ramadhan pun sama. Masuk bulan 6, kitaorang (yang melangkau kelas) ditempatkan dalam tingkatan 1 Qartubah (1-9) dan 1 Siqiliyyah (1-10). Ini disebabkan budak2 tingkatan 1 sedia ada telah wujud sebanyak lapan kelas. Aku dok kelas 1-10. Bersama Ramadhan lagi. Berhempas pulas la kitaorang untuk kejar budak-budak tingkatan satu tu. Alhamdulillah, exam final sume lepas.
Naik tingkatan 2, aku dok kat kelas 2 Madinah (2-2). Alhamdulillah.... Namun kelas masih x campur nga budak2 yang tingkatan satu yang sedia ada dulu. Masa di tingkatan dua ni la, aku start jadi AJK Maktabah @ Pengawas Perpustakaan. Alhamdulillah, tercapai jugak cita-cita itu... Hahahaha.. Lawak pulak rasanya. Excited nak jadi pustakawan. Hehehe.. tapi best. Tingkatan dua ni mencabar jugak hidupnya. Sekolah sesi petang. Kadang-kadang ngantuk. Masa ni jugak, aku menghadapi satu lagi exam. Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU). Kiranya kat maahad ni tiap2 tahun kena hadapi exam. Ada sepuluh paper semuanya. Alhamdulillah, result aku agak ok la. Cuma kesian je tgk subjek English. Hehehe.. x pernah pun dapat A subjek ni. Subjek lain alhamdulillah. Dengan result PMRU ni, dapat la aku naik ke kelas 3 Mekah (3-1) masa tahun 2003 tu.. Hehehe.
Masa naik tingkatan 3, sume budak maahad dah sekolah pagi. Tahun ni aku bakal hadapi PMR. Tapi tahun ni la antara tahun yang mencabar bagi kami budak2 maahad.... Dari segi sosial, jatidiri dan politik buat kami. Hmmm.. Cabaran apa????
Bersambung........

No comments:

Post a Comment