Friday, May 14, 2010

Cerita di tempat kerja 2 (Adik nak jadi ape???)

"Assalamualaikum dik. Mana ayah?" Aku bertanya seorang budak (dalam linkungan 3-4 tahun) yang sedang keseorangan di atas sebuah bangku.
"Tu..." Budak tu menunjukkan jarinya kepada ayahnya. Rupanya ayahnya sedang membeli ikan.
"Nama ape?" Soalku.
"Akil...." Gitulah lebih kurang jawapannya. Akil ke, Shakil... Ntah la..
"Berapa tahun?" Aku bertanya.
"Tiga...." Tepat sekali jangkaanku.
"Besar nak jadi ape?" Entah kenapa soalan itu terluncur dari lisanku.
"Tok ime (Baca: Tok Imam)...." Jawabnya.
Hatiku mengungkap syukur. Alhamdulillah.. Buat pertama kali aku mendengar cita-cita sedemikian keluar dari mulut seorang kanak-kanak. Semoga ia menjadi nyata. Aku mendoakannya.
Harapanku, semoga anak-anakku juga akan mampu menjadi imam kepada keluarga mereka. Menjadi putera-putera yang soleh dan puteri-puteri yang solehah. Amin....

No comments:

Post a Comment