Sunday, March 28, 2010

Titipanku buatmu, sayang...

Dirimu yang ku rindui,
Ku titipkan kata-kata ini buatmu,
Agar dirimu mengerti hasrat hatiku....

Sayang,
Engkau permata hati ayah bonda,
Ku semaikan untukmu motivasi,
Agar kau tahu menghargai kehidupan ini..

Aku ingin melihat dirimu,
Sebagai muslimah solehah hiasan dunia,
Sebagai mujahidah yang mempertahankan agama.

Sayangku..
Engkau menjadi harapanku,
Untuk dibentuk sebagai mawar berduri,
Maruah diri dan agama dijunjung tinggi,
Menjadi insan yang taat pada suami.

Selagi aku bernyawa,
Aku tetap akan menjagamu,
Agar kau tidak terperangkap dalam permainan dunia,
Yang penuh helah dan tipu daya.

Sayangku,
Cantikkan dirimu dengan akhlak yang mulia,
Peliharalah budi pekerti,
Adab dan sopan penghias diri...

Sayangku...
Terimalah nasihatku ini..
Kerana aku bertanggungjawab ke atasmu.

Buatmu....
Adinda tercinta.....
Siti Norashikin Zakaria....

No comments:

Post a Comment