Sunday, December 13, 2009

Baitul Muslim: Antara Intra,Inter & Outer.. (Siri 2)

"Kalau kau, bersedia x menghadapi baitul muslim inter jemaah" soalan cepu mas ditanya.
"Awal lagi nak fikir benda tu." Ku berhelah. Sememangnya malas lagi nak memikirkan hal-hal seperti ini.
"Xdelah.. Soalnya bersedia atau tidak?" Temanku seolah tidak mahu aku melepaskan diri.
"Yelah.. Kalau itu takdirnya, takkan kita nak tolak" Jawabku. Play safe....
Persoalan yang ingin aku timbulkan di sini bukanlah sekadar baitul muslim inter jamaah. Sebaiknya kita melihat isu-isu yang berlegar ini secara overall. Janganlah jadi terlalu fanatik sekadar mencari intra sahaja. Bagaimana dengan inter? Bagaimana dengan outer? Tak salah memilih. Setiap orang mempunyai hak untuk membuat pilihan. Seperti yang diterangkan sebelum ini, berlapang dada dalam hal-hal perbezaan dan saling menghormati. Mungkin dengan memilih inter, integrasi boleh berlaku. Mana tahu, ruang yang lebih baik akan dibuka. Mungkin dengan memilih outer pula, kita mempunyai advantage untuk memberikan dan menambahkan kefahaman kepada orang lain. Aku tidak mahu menulis berkenaan intra, kalian mungkin dah faham sebabnya. Tidak dinafikan, kadang-kadang egoistik yang tinggi menjadikan kita sukar mengalah dan beralah. Jangan kerana egoistik itu nanti yang membunuh. Berhikmah dan bijaksanalah dalam mengambil tindakan. Jangan lupa..... Mintalah hidayah dari-Nya.

No comments:

Post a Comment