Saturday, December 12, 2009

Baitul Muslim: Antara Intra,Inter & Outer.. (Siri 1)

Suatu hari, aku ditanya oleh seorang temanku. Topik perbincangan dibuka. "Apa pendapat kau tentangan perkahwinan inter jamaah?" temanku bertanya. "Inter jemaah? Maksudnya?" Aku mendapatkan kepastian dari persoalan yang dilontarkan. "Yelah, baitul muslim yang dibina oleh dua orang yang datang dari jemaah berbeza?" persoalan temanku lebih spesifik. "Wah, ni topik yang besar ni, susah nak bagi pendapat ni" Aku cuba memikirkan pandangan aku. Namun aku tahu, topik ni topik yang agak kompleks untuk dibincangkan. Bukan apa, kerana isu ini bergantung kepada persepsi individu. Secara peribadi, aku tidak menolak bentuk baitul muslim yang hendak dibina. Sebab apa yang lebih penting, persefahaman dan sikap dalam menghadapi keadaan ini. Mungkin ada yang mendakwa perkahwinan inter jamaah ni boleh menimbulkan keadaan yang tidak selesa kerana suami dan isteri tidak mengharungi jalan yang sama. Namun kita perlu melihat soal ini secara keseluruhannya, pembinaan baitul muslim adalah bermatlamat melahirkan generasi yang soleh dan solehah ke arah mencapai matlamat hidup tertinggi seorang muslim (Mardhatillah).
Perbincangan belum berakhir........
Bersambung...

No comments:

Post a Comment