Saturday, September 19, 2009

Kerana aku tahu... Dirimu menyayangiku..

Indahnya kehidupan ini...
21 tahun kehidupanku...
Terkenang waktu itu....
Lahirnya aku ke dunia,
Memikul amanah dari Allah,
Sebagai Khalifah dan Hamba,
Maka aku diberikan nama oleh ayah dan ummi,
Yang membawa pengertian yang cukup indah,
Orang bijaksana yang terpuji,
Semoga peribadinya seindah nama dan makna,
Ayah dan ummi memberikan nama yang indah itu,
Kerana aku tahu ayah dan ummi sayangkan anaknya.
Bila aku menghidap suatu penyakit semasa kecil,
Ayah dan ummi tenang menerima khabar itu,
Ketabahan ayah dan ummi dapat aku rasakan,
Ayah dan ummi berusaha yang terbaik untukku,
Pelbagai ikhtiar dilaksanakan,
Agar aku dapat menjalani kehidupan ini sebaiknya,
Aku yakin aku akan sembuh,
Berkat usaha dan doa ayah ummi yang tidak putus,
Kerana aku tahu ayah dan ummi sayangkan anaknya.
Sewaktu aku bersekolah di tadika,
Ummi selalu menghantarku ke pintu pagar sekolah,
Di sana aku menjalani dunia sekolah kanak-kanakku,
Bermain dan belajar,
Bila pulang dari tadika,
Aku akan memanggil ummi dari seberang jalan,
Ummi pesan jangan seberang jalan sendirian,
Kerana aku tahu ummi sayangkan anaknya.
Bila aku di sekolah rendah,
Ayah menghantar aku setiap pagi,
Dengan kereta yang dipandu ayah,
Sebelum mencari rezeki untuk menyara kami,
Ayah menghantar aku sampai di jalan luar,
Maka aku berjalan kaki untuk sampai ke sekolah bersama abangku.
Ayah pesan,
Kami kena kuat dan aktif,
Kami juga tahu,
Ayah buat ini untuk kebaikan anak-anaknya,
Kerana aku tahu ayah sayangkan anak-anaknya.
Pernah suatu ketika,
Semuanya gara-gara keghairahanku berlari,
Entah apa yang dikejarkan,
Aku tersemban ke tanah,
Dahiku berdarah,
Tapi aku tak nangis,
Tapi sakit la....
Ummi menyapu ubat ke dahiku,
Baru aku rasa nak nangis,
Jiwa kanak-kanak yang mudah tersentuh,
Ummi cakap kena berhati2,
Jangan gopoh-gapah,
Aku tahu kenapa ummi cakap begitu,
Sebab ummi sayangkan anaknya.
Masih terkenang waktu mengaji Quran,
Ayah memang garang,
Tegas ayah bertempat,
Aku pernah menangis,
Tapi aku tahu kenapa ayah begitu,
Supaya aku tak malas dengan Al Quran,
Aku juga tahu kenapa ayah tekankan kami untuk belajar Quran,
Sebab ayah sayangkan anak-anaknya.
Aku pernah tiba di persimpangan,
Memilih antara 2 sekolah berlainan aliran,
Sama ada Maahad atau SBP,
Ayah dan ummi tidak memaksaku.
Pilihan diserahkan di tanganku.
Cuma panduan dan nasihat dibekalkan,
Agar memilih yang terbaik,
Ku bulatkan tekad,
Ku hayunkan langkah ke Maahad,
Nasihat ayah ummi ku jadikan azimat,
Aku yakin ayah ummi gembira dengan keputusanku,
Ku tahu kenapa ayah ummi berperasaan begitu,
Adik beradikku juga memilih sekolah yang sama,
Kami tahu sebabnya,
Ayah ummi menekankan pendidikan agama untuk kami,
Sebab ayah ummi sayangkan anak-anaknya.
Aku terus melangkah,
Ayah dan ummi tak putus memberikan sokongan,
Agar aku terus kuat,
Menghadapi mehnah dan dugaan,
Agar aku bisa berdiri,
Sebagai pejuang masa depan,
Pernah aku rebah dan kecewa,
Ayah ummi mengubat duka,
Pesannya jangan putus asa dari rahmat-Nya,
Kerana aku tahu,
Ayah dan ummi sentiasa mendoakan kejayaanku,
Kerana aku tahu ayah dan ummi amat menyayangi anaknya.
Buat ayah dan ummi....
Jasa dan baktimu tidak akan ku lupa,
Selagi nyawaku dikandung jasad,
Aku akan terus berbakti untukmu,
Dirimu adalah penyinar kehidupanku,
Sempena Aidilfitri yang bakal menjelma,
Sempena penghijrahan diri kepada fitrah,
Diriku memohon ribuan keampunan dan kemaafan,
Di atas segala kesalahan dan kesilapan anakmu ini.
Halalkan segala apa yang telah diberikan buatku ini.
Aku akan terus mengingati,
Kerana aku juga menyayangimu......
Ikhlas dari anakmu...

2 comments:

  1. To SuTeRa--> Sekadar berkongsi. Semoga menyedarkan kita semua betapa sucinya kasih ibu dan bapa terhadap kita.

    ReplyDelete