Monday, September 21, 2009

Sebak dan Syukur....

Allahuakbar...
Allahuakbar...
Allahuakbar...

Walillahilhamd...
Sejuta kesyukuran dan kesebakan menerobos diri tatkala berlalunya Ramadhan dan tibanya Syawal. Sebakku kerana Ramadhan telah berlalu tanpa aku ketahui adakah aku masih berpeluang bertemunya pada masa akan datang. Ramadhan yang menjadi bulan ibadah dan peluang yang diberikan Allah kepada hamba-Nya untuk menambahkan amal kebajikan melabuhkan tirainya. Aku rasakan masih banyak yang perlu aku tingkatkan. Namun dalam kesebakan ini, suatu hakikat perlu aku ketahui dan terima.... Masa tidak pernah menunggu kita..
Ku harapkan akan bertemu Ramadhan lagi pada masa akan datang.
Syawal disambut gembira. Sejuta kesyukuran ku hamparkan kepada-Mu di atas kurniaan yang cukup besar ini. Pastinya, syawal yang disambut pada kali ini ( pada usia 21 tahun) berbeza dengan syawal yang disambut 10 tahun dulu. Jika dulu, aku bersama adik-beradik dan kawan-kawan menziarah rumah$rumah sekitar dengan tujuan mengutip dan mengumpul duit raya. Namun, kali ni aku menyambut raya secara sederhana. Ziarah yang dilakukan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Pastinya, hari raya ni aku sudah berkira-kira untuk menziarahi teman-teman yang sudah lamatidak ketemuan. Rancangnye nak jumpa Khairul dan Judin. Teman sekolah yang kini berada di UIAM Gombak. Begitu juga Faris. Teman lama yang sudah setahun lebih tidak ketemuan. Maklumlah, orangnya belajar di Bumi Anbiya'. Kini berpeluang cuti kuliah+cuti raya sekaligus. Aku juga merancang bertemu seorang teman, Ramadan yang kini berada di USM Kubang Kerian. Raya keempat nanti, Alumni sekolahku akan mengadakan Ijtima' Aidilfitri. Alhamdulillah, semoga berpeluang bertemu rakan2 lama.
Peluang berhari raya akan digunakan sepenuhnya untuk menguatkan ikatan ukhwah antara satu sama lain. Inilah indahnya ISLAM. Rabitoh hati yang tersimpul antara satu sama lain bukanlah semata-mata kerana Hari Raya itu sendiri, namun roh hati raya itu membuatkan kita lebih tenang dan berlapang dada dalam menyimpulkan ikatan itu sendiri.
Buat semua yang mengenali diri ini..
Sempena Hari Raya yang mulia ini aku memohon jutaan kemaafan daripada kalian atas segala kesilapan, keterlanjuran dan kesalahan yang pernah aku lakukan terhadap kalian.
Keikhlasan yang lahir dari hatiku....
Salam Aidilfitri 1430 Hijrah..

No comments:

Post a Comment