Thursday, July 16, 2009

Cabaran disahut... Semangat bertaut..

"Saya mahu awak semua buktikan yang awak mampu menjadi dietitian terbaik bila awak masuk clinical dan join kerjaya ni" Suara Madam perlahan tapi terselit ketegasan.
"Saya cabar awak coz awak semua bawa imej muslim. Awak semua bakal profesional muslim dietitian" Madam menghulurkan cabaran kepada kami.

Kami diam mendengar kata-kata madam. Kata-kata madam ada kebenarannya. Untuk menghadapi dunia luar yang penuh mehnah dan tribulasi, kami perlu bersedia untuk survive dan berkorban. Untuk menjadikan kami muslim profesional yang kuat, kami perlu memahirkan diri kami dengan skil-skil sebagai seorang muslim dietitian.
Menghadapi silibus baru yang memerlukan kami memasuki dunia clinical seawal tahun tiga memberikan gambaran betapa kami bakal berhadapan dengan kerja-kerja yang sibuk. Memang tidak dinafikan, terkadang kami bertanya kenapa kami perlu menghadapi semua ini lebih awal. Takkan takde masa nak rileks dah... Desis hati kami. Namun kami yakin hati kecil kami perlu bersyukur dengan apa yang kami terima. Pendedahan yang lebih awal memberikan "advantage" yang sangat besar kepada kami sebagai bakal-bakal dietitian.

Kami telah bersedia untuk menyahut cabaran dari madam. Madam pernah mencabar kami untuk mendapatkan 3.0 ke atas untuk tahun pertama, dan kami menyambutnya. Terima kasih Madam kerana mencabar kami. Inilah peransang buat kami....
Stress terbaik untuk kami....

2 comments:

  1. Ye...semangat!!! moga Mdm dapat berbangga dgn kita=) Islam itu kekuatan kita!

    =)

    ReplyDelete
  2. skrg bekerja di hospital mana? :)

    ReplyDelete