Thursday, April 30, 2009

Mencari Bidadari Dunia..... Membina Mahligai Impian...

Cerita ini dah lama, masa aku kat pusat asasi lagi. Suatu hari, aku menaiki kereta bersama abeku. Tujuannya nak pergi kat ceramah Ustaz Hasrizal di masjid KLCC jika x salah aku. Ceramah tu berkaitan dengan buku ”Aku Terima Nikahnya” karangan beliau. Aku tak pernah lagi secara live dengar ceramah Ustaz Hasrizal, so ikut la sekali. Majlis tu anjuran Nisa’ Wilayah. Tahniah la kat Nisa’ Wilayah.
Tapi yang nak aku cerita kat sini bukanlah perjalanan majlis tu tapi cerita di dalam kereta sebelum kami sampai kat masjid.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
”Ada ceramah best dalam pendrive tu, bukak lah.... Tok Guru (Nik Aziz) yang bagi ceramah” kata abangku.

Aku pun memasukkan pendrive kat reader dalam kereta. Suara tok guru menyampaikan ceramah agak perlahan semasa memulakan ceramah. Tapi sepanjang mendengar ceramah tersebut, banyak isi penting yang dapat aku tangkap.
Nak tahu tak ceramah tu berkenaan dengan apa???
Tok Guru menyampaikan ceramah berkaitan munakahat. Memang best bila dengar ceramah tok guru. Banyak isi2 yang diulas oleh beliau. Berkenaan peranan ibu bapa untuk cari menantu, kepentingan agama dalam urusan jodoh, pemilihan pasangan, tarbiah keluarga, pengurusan rumah tangga dan macam2 lagi. Antara intipati menarik yang aku kutip dari ceramah Tok Guru ialah;

”Pendidikan anak-anak bukan sahaja bermula ketika lahirnya seseorang anak. Tetapi pendidikan seseorang anak itu bermula ketika kita mencari dan memilih pasangan hidup kita”

Intipati yang aku kutip ini selari dengan pendapat aku. Ya, memang 200% aku bersetuju pemilihan pasangan hidup yang baik penting bagi memastikan anak2 yang dilahirkan nanti adalah berkualiti. Salah seorang guruku pernah memberitahu kepada aku dan rakan-rakan yang lain semasa di sekolah dulu;

” Kamu sebagai lelaki kena cari perempuan yang bukan sekadar boleh menjadi isteri kamu, tetapi boleh menjadi ibu kepada anak-anak kamu. Seseorang yang akan mengasuh dan mendidik anak2 kamu”.

Yang paling penting dalam pemilihan pasangan, BERAGAMA merupakan kriteria paling utama yang boleh menjamin kualiti dalam sistem kekeluargaan. Benarlah sebagaimana yang diajarkan Rasulullah s.a.w:

”Dinikahi wanita kerana 4 perkara, kerana kecantikannya, hartanya, keturunan dan agamanya. Maka carilah yang beragama, nescaya beruntunglah kedua tanganmu”
Susah mencari pasangan yang baik??
Seorang temanku pernah memberi petua macam mana untuk mendapatkan pasangan yang baik.... Macam mana?? JADILAH SEORANG YANG BAIK.....
Ingatlah janji Allah:
“Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik”
Temanku memberitahu daripada ayat tadi, insyaallah jika kita mampu menjadi lelaki yang baik, kita akan mendapat apa yang selayaknya untuk kita. Wallahua’lam
.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Buat teman2 dan senior2ku yang akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini atau dalam masa terjauh, aku dedikasikan lirik lagu Bisikan Nurani daripada Kumpulan in Team ini khas buat kalian:

Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu
Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati
Telahpun ku syukuri
Di dalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi
Kejernihan wajahmu
Sempurna pada pandanganku
Kau kirana
Keturunan terpilih
Disanjung serta dihormati
Kau permata
Kesederhanaanmu
Mengecap kekayaan dunia
Kau mestika
Ketaqwaan dirimu
Itu yang merantai jiwaku
Bukan aku memuji
Apalagi memuja
Salahkahku kagumi… perhiasan duniawi
Bisikan nuraniku
Engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan
Amanah suci ini

Kembara Mujaddid: Sekadar sebuah perkongsian ilmu....

1 comment:

  1. Betul3..saya sokong.
    nak cari isteri, bukan cari wanita yang sanggup jadi isteri solehah je. malah yang sanggup jadi ummi mithali sekali ^_^
    pilihlah wanita yang kuat pegangan agamanya, insyaAllah, takkan menyesal.
    wajah yang cantik akan berkedut bila dah tua nanti.
    harta yang banyak pasti akan habis jika tak diuruskan dengan bijak.
    ada apa dengan keturunan yang disanjungi? iman tak dapat diwarisi.
    wallahua'alam..
    ^_^

    ReplyDelete