Thursday, March 12, 2009

Cita-cita.....

Masa kecik dahulu, orang selalu tanya.
" Bila besar nanti nak jadi apa?"

Demikian, persoalan cita-cita selalu menjadi bahan menarik untuk dibicarakan.
Mana taknya, berimaginasi yang indah2 sememangnya menarik untuk digambarkan oleh sorang kanak2....

Bila ingat balik sume tu, aku rasa pernah mempunyai beberapa cita2...
Semasa aku tadika, aku selalu cakap nak jadi sorang tentera, nampak segak bila pakai baju camtu..bawak senapang lagi...

Bila aku melangkah ke sekolah rendah, aku selalu terbayang yang aku sebagai sorang pensyarah dalam bidang pengajian Islam... Entah la, kenapa aku pilih cita-cita tu..

Bila aku masuk darjah 4, cita-cita aku bertukar lagi. Aku cakap aku nak jadi sorang peguam, membela keadilan.. Sampaikan dalam satu exam pendidikan seni, aku melukis diriku sebagai sorang peguam, berhujah di dalam mahkamah....

Cita-citaku untuk menjadi sorang peguam adalah cita2 paling lama yang tersemat dalam hatiku.
Sampai form 5 pun aku masih meminati bidang tersebut (walaupun aku memasuki aliran sains tulin di sekolah).

Selepas menamatkan peperiksaan SPM dan bercuti panjang, aku bermenung panjang.. Wajar ke tak aku pilih bidang undang-undang... Berfikir dan terus berfikir...

Akhirnya, keputusan kubuat... Aku bukan mengubah haluan, tapi memandangkan sayang kepada ilmu sains.. Aku membulatkan tekad untuk menyertai bidang sains.. Ditambah dengan nasihat dari abang2 dan guru2... sementalah abang aku sendiri sudah menjadi sorang peguam, kenapa tidak untuk kami menvariasikan karier kami..

Aku menjadi orang pertama dalam adik beradik aku menceburi bidang sains kesihatan..
Dan betapa aku merasakan keputusan yang dibuat tepat..
Pada bulan Jun 2008, aku menjadi pelajar Ijazah Sarjana Muda Dietetik, Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Islam Antarabangsa Kampus Kuantan.

Aku menyertai bidang yang aku baru kenal sekitar 2006. Setelah mendapat maklumat dari ekspo pendidikan dan rajin2 mengakses ke internet, aku rasa aku membuat keputusan yang tepat dalam hidup aku ini...

Lagipun, menyertai bidang dietetik membuatkan aku lebih dekat dengan matlamat aku.. Dan pastinya aku yakin bahawa matlamat ini menjadikan aku semakin hampir dengan matlamat UTAMA hidupku..
Aku merasakan perlunya aku menceburi bidang ini kerana aku yakin kepakaranku dalam bidang ini membolehkan aku menabur khidmat pada masa akan datang..
Misi hidupku terlalu besar..
Cita-citaku terlalu tinggi...

Namun ku yakin Allah pasti membantu hamba-hambaNya yang berjuang menegakkan kalimah-Nya....

Kembara perjuangan ini tak akan berakhir....

No comments:

Post a Comment