Saturday, March 28, 2009

Bersama kita bangkit... Terima kasih semua..

Semalam kami (budak2 diet 1st year) melihat tayangan video. Video budak2 diet yang bertema "Setahun bersama, kenangan terbina". Video tu aku buat bila ada masa2 free, termasuk masa cuti. Orang panggil nak asah ilmu. Bila tengok video ramai2, aku perasan yang rupa2nya kami semakin hampir menamatkan tahun pertama pengajian kami.

Bakal beralih gelaran dari junior ke senior kat budak2 1st year, membuatkan kami sedikit teruja. Walaupun ketika aku menaip entry ini, exam hanya tinggal beberapa hari sahaja.

Bertambah tahun pengajian, bermakna bertambah la cabaran untuk kami. Sementelah kami bersedia menyahut cabaran Madam Aflah (Ketua Jabatan kami) untuk mendapatkan pointer terbaik sem ni. Kami terpaksa bekerja lebih keras berbanding dulu. Untuk menjadi dietitian yang bagus dan berkualiti, kami perlu menyiapkan diri kami dengan skill2 dan ilmu2.
Cabaran dari madam perlu disahut dengan positif.

Berbalik pada video tadi, video tu juz memaparkan kami dan program2 serta peristiwa2 kami sepanjang tahun pertama. Kerana bagiku sendiri, aku inginkan ikatan yang ada antara kami takkan terputus. Tu lah antara tujuan video tu dibuat..

Untuk teman2 dan sahabat2ku semua..
Aku pohon kemaafan seandainya sepanjang persahabatan ini, ada yang terluka n terasa hati dengan diriku...
Doakan kejayaan bersama..

Kepada madam aflah, bro hanafi, dr nik, cikgu fuziah, madam fauziah, ustaz felza, madam narimah, dr khalid, sis suwaibah, dr rizal, dr suzanah, ustaz razak,dr azlina, dr tariq dan lecturer2 yang telah mengajarku di semester ini dan semester lepas.. Terima kasih atas segala ilmu yang diberikan kepadaku..

Dan untuk semua: Semoga Kehidupan kita dilimpahi Rahmat dan Keredhaan Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment