Kerajaan Melayu Islam Patani
KEWUJUDAN
Sejarah awal Kerajaan Melayu Patani masih lagi diselimuti kekaburan. Dalam catatan sejarah tidak dapat dipastikan asal-usul atau tarikh sebenar kerajaan Melayu Patani didirikan. Mengikut catatan pelawat-pelawat China yang membuat perhubungan dengan negeri-negeri Asia Tenggara pada abad kedua Masehi sebuah negeri bernama "Lang-ya-shiu" atau Langkasuka (Paul Wheatley 1961, 387-412) sudahpun wujud ketika itu.
Persoalan bagaimana Langkasuka bertukar menjadi Patani masih belum dapat dipastikan oleh para pengkaji sejarah kerana tidak ada sebarang cacatan sejarah yang jelas mengenainya. A.Teeuw dan Wyatt berpendapat bahawa Patani telah ditubuhkan sekitar pertengahan abad ke-14 dan ke-15. Pendapat mereka berasaskan kepada tulisan Tomes Pires dan lawatan Laksamana Cheng Ho ke rantau ini dalam tahun 1404-1433 T.M. (Teeuw & Wyatt 1970,3). Mengikut Hikayat Patani pula, Kerajaan Melayu Patani berasal dari kerajaan Melayu yang berpusat di Kota Mahligai yang diperintah oleh Phya Tu Kerab Mahayana (Teeuw & Wyatt 1970,68).
Kota Mahligai itu terlalu jauh ke pedalaman dan sukar untuk didatangi olehpedagang-pedagang telah menyebabkan Phya Tu Antara, anak Phya Tu Kerab Mahayana, memindahkan pusat kerajaannya ke sebuah perkampungan nelayan yang kemudiannya diberi nama "Patani", dipercayai berpusat di Kampong Grisek dalam wilayah Patani sekarang ini. Kedudukan Patani di Semenanjung Siam yang strategik dari segi geografi, telah menyebabkan kota itu menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing baik dari barat atau timur untuk singgah sama ada untuk beristirahat ataupun berdagang. Dalam masa yang singkat saja Patani telah muncul sebagai sebuah kerajaan yang penting, maju dari segi ekonomi serta stabil dari segi politik dan pemerintahan.
Patani Pada Abad 15 – 18 Masihi
1. Patani adalah negara yang merdeka dan berdaulat
o Bendera
o Sistem Beraja
o Perhubungan diplomatic degan Cina dan Portugis
o Sebuah kerajaan perlabuhan maju
2. Patani adalah ngara yang adil dan makmur
o Kewujudan sistem kehakiman
o Kepelbagaian bangsa
o Raja dan rakyat beragama Islam
o Ulama sebagai penasihat perundangan
o Masjid sebagai pusat kehakiman
4. Patani merupakan pusat pengajian islam
o Kewujudan Pondok sebagai pusat pengajian
o Kedatangan Bangsa luar untuk mendapatkan pendidikan
o Masjid sebagai institusi pendidikan
5. Patani merupakan puat perdagangan antara bangsa.
o Kewujudan system perlabuhan pantai
o Pusat simpanan barangan dagangan Negara luar
o Perdagangan Timur Barat (Cina – India)
o Kepelbagaian bangsa
o Kepelbagaian bahan dagangan
No comments:
Post a Comment