Semalam tidur lewat lagi. Pukul 3 pagi. Lepas subuh terus sambung tidur balik. Tu lah hakim, cuti raya 2 minggu. Time nak masuk meeting mula la start nak setelkan semua. Hati seolah-olah menyindir. Entah la, bila dikira-kira pun takde la banyak sangat kerja aku sebenarnya. Cuma kepala akan mula pening bila berurusan hal ehwal pengurusan manusia....
Shopping selepas raya
Minggu lepas, aku sempat keluar shopping di bandaraya Islam (Kota Bharu). Cadangnya nak membeli sedikit sebanyak barangan keperluan untuk dibawa ke Kuantan. Alhamdulillah, pemandangan yang aku dapat tengok di bandar kali ini bukan pemandangan biasa. Agak ramai remaja-remaja muslimah yang bertudung labuh. Memang tak dinafikan, masih ada yang 'free hair' dan tidak menutup aurat dengan sempurna. Namun, hati ini tetap bersyukur kerana situasi yang aku tengok ini memberikan harapan buat generasi baru mengangkasakan dakwah....
Kerja rumah
Assignment NEHP telah berjaya disiapkan. Mungkin ni hikmahnya bila datang awal. Decorate sume... ok.. setel. Yang tinggal lagi mungkin untuk seminar. Baca literature review dan prepare slide. OK... kena work hard lagi.
GD
Tajuk-tajuk baru bakal dibekalkan oleh GDC nanti. So, aku jugak kena standby dengan tajuk yang akan aku dapat nanti. Dah la sebelum cuti hari tu, study untuk midsem macam study untuk final dah. Tapi buat cik GDC, diriku standby untuk dapatkan apa2 tajuk.. Insyaallah.. Semoga Allah mempermudahkan urusan ini.
Tanggungjawab baru.. IKOD?? HMC??
Naik cuti, aku sudah kena bersiap sedia. Ketiadaan Fauzan selama sebulan (Posting Temerloh) menyebabkan aku terpaksa memangku tugas sebagai Pengarah Karnival Pelajar IKOD 2010. Memang mencabar. Langkah pertama kena bertenang. Langkah kedua selaraskan semua orang dalam mesyuarat. Langkah ketiga jumpa officer untuk sebarang kemusykilan. Dan langkah keempat, bersiap sedia dengan 'presentation' bila mesyuarat dengan pihak pentadbiran. HMC pulak..? Jangan bimbang, kudrat ini masih ada.. Tapi aku masih tetap memerlukan bantuan dari sahabat2 terutama untuk explorace.. Aku akan cuba bagi komitmen... Sebab ini namanya tanggungjawab.
YB
Tugas sebagai MPP bagi Parlimen Sains Kesihatan Bersekutu dan sebagai Menteri Penerangan dan Multimedia tetap tak boleh ditinggalkan. Alhamdulillah, tugas sebagai YB parlimen tetap aku cuba usahakan. Sebelum cuti, aku berkesempatan bertemu Bro. Zainul, Timbalan Dekan Akademik. Alhamdulillah, banyak perkongsian yang dapat dimanfaatkan. Beberapa isu juga dapat diutarakan. Berkenaan isu praktikal pelajar, pengangkutan dan sebagainya. Sebahagian respon juga telah diutarakan ke pihak-pihak terlibat. Tugas kabinet? Memang selalu kena jalan. Sebagai orang yang bertanggungjawab berkenaan media dan suara rasmi MPP UIAM Kuantan, banyak maklumat yang perlu disampaikan kepada mahasiswa. Bukan sekadar isu dalam kampus bahkan isu-isu di luar kampus terutamanya yang berkaitan dengan kebajikan mahasiswa. Bak kata Bro Zainul "Be part of the solution, not part of problem." Pasal visit pulak.... Hmm kena cari bajet ni. Teringin jugak nak ke Hatyai.
Teman-teman
Tahniah buat teman-teman yang telah berjaya mengubah status dan berusaha menggapai redha Allah. Buat yang dah bertunang, tahniah juga kerana kalian sedang menuju jalan ke arah itu. Apa pun, benda baik elok disegerakan tapi bukan di'tergesa-gesa'kan.
Soal diri dan hati
Diri ini sentiasa begini. Rilek je macam takde ape2. Walaupun pernah beberapa ketika hati ini cuba berbicara dan bersoal jawab. Namun aku perlu tahu, hal-hal ini tidak perlu dilengah-lengah dan ditergesa-gesakan. Cukuplah mengambil jalan sederhana. Berlapang dada. Abang-abang pun sudah mengagak. Ayah ummi seakan menduga. Tetapi aku perlu terus membuat penilaian. tak perlu terburu-buru. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, dan tepung jangan berselerak. Alhamdulillah, kebajikan ini masih terjaga.
Cukuplah cerita ini dulu..... Hanya beberapa hari selepas raya, tapi 1001 cerita menghiasi kehidupan manusia....

banyak sekali yang harus dilakukan,apapun bertenanglah.
ReplyDeletecik GDC juga masih dalam huru-hara,harap dipermudah semua urusan..innallaha ma'ana..