Wednesday, August 11, 2010

Model Ekonomi Baru: Intipati Konvensyen MPP Kebangsaan 2010k

Latar Belakang

1. Antara tiang utama dari empat tiang kea rah mencapai wawasan 2020.

2. Menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

3. Merangkumi konsep:

a) Rakyat berpendapatan tinggi sekitar $ 15,000 hingga $20,000 setahun pada 2020.

b) Kemampanan: Pembangunan dan kemajuan negeri yang tidak akan menjejaskan generasi masa hadapan.

c) Keterangkuman: Semua rakyat akan menikmati kekayaan Negara.

4. Negara perlu mencapai KDNK sebanyak 6% jika ingin diisytiharkan sebagai sebuah Negara maju.

5. Merupakan landasan kepada Program Transformasi Ekonomi (GTP) yang akan dibentangkan oktober nanti.

6. Sektor swasta menjadi pemacu utama.

7. Kerajaan juga telah mengenal pasti Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang dilihat mampu memangkin pertumbuhan ekonomi Negara:

i. Minyak dan gas

ii. Minyak sawit & produk berkaitan

iii. Perkhidmatan kewangan

iv. Pemborongan dan peruncitan

v. Pelancongan

vi. ICT

vii. Eletrik dan eletronik

viii. Perkhidmatan perniagaan

ix. Penjagaan kesihatan swasta

x. Pertanian

xi. Greater KL

Perbahasan

1. MEB tidak dilihat sebagai ‘rebranding’ kepada DEB kerana tujuan kedua-duanya diperkenalkan adalah berbeza. Namun begitu, persoalannya adakah MEB mampu mencapai tujuan ekoran kegagalan DEB dan siapakah golongan sasar dalam MEB.

2. Tiada jaminan bahawa pengagihan kekayaan negara akan sampai ke golongan sasar kerana wujud persoalan integriti dan ketelusan dalam pengurusan atau ‘governance factor’.

3. Ketidakfahaman rakyat terutamanya golongan bawahan berkenaan MEB boleh menyebabkan penyelewangan berlaku dan golongan sasar akan diperbodohkan. Kerajaan perlu menjelaskan metodologi dan pergerakan MEB dengan lebih jelas terutamanya golongan bawahan.

4. Program transformasi yang melibatkan proses rasionalisasi subsidi yang dilihat akan membebankan golongan bawahan. Persoalannya, kenapakah proses ini melibatkan barangan keperluan asas. Adakah ia benar-benar untuk melahirkan sikap kebertanggungjawaban dalam diri rakyat Malaysia.

5. Adakah keterlibatan sector swasta sebagai pemain utama dalam rangka konsep ini akan menyebabkan bebanan terhadap rakyat marhaen akan bertambah?

6. Adakah bumiputra telah benar-benar bersedia untuk bersaing di pasaran bebas? Bagaimana pula nasib golongan pengusaha kecil dan sederhana.

7. Persoalan paling utama adalah adakah MEB merupakan model yang menjadikan syariat islam sebagai teras utama yangmenekankan konsep keadilan kepada masyarakat sebagai syarat asas dalam pentadbiran.

No comments:

Post a Comment