Alhamdulillah… Sudah hampir seminggu kita meyambut Ramadhan al Mubarak. Masa berputar terlalu pantas. Pastinya tiada kesempatan lagi untuk memutarkan kembali waktu yang telah berlalu. Terasa juga kerugian bila peluang keemasan untuk top up pahala kadang-kadang berlalu begitu sahaja. Teringin juga untuk pulang ke rumah, menyambut awal ramadhan bersama keluarga. Namun, hajat itu tidak kesampaian dek kerana komitmen yang masih banyak di bumi Kuantan. Aku perlu tahu, tiada benda yang mudah di atas dunia ini. Jika ingin mencapai apa-apa kejayaan di atas dunia ini, kita perlu berkorban dan bekerja keras. Tiada jalan singkat untuk meraih kejayaan.
Awal ramadhan kali ini banyak mengajar erti kesabaran. Peristiwa tayar motor pancit sebanyak dua hari berturut-turut semasa dalam perjalanan ke terawih, peristiwa yang menguji ikatan persaudaraan sesame muslim….. Begitu banyak ujiannya… Hanya Allah yang tahu..
Namun, bak kata seorang sahabat “ramadhan ialah peluang untuk kita tahu level nafsu kita. Kalau kita dah boleh kalah perang dengan nafsu, macam mana kita nak lawan syaitan di bulan biasa… Lebih jauh lagi, macam mana kita nak berjuang melawan musuh-musuh Allah yang sentiasa mengintai peluang memusnahkan kita, macam mana kita nak tolong saudara-saudara kita di Palestin, Chehnya, Patani, dan sebagainya….”
Inilah kehidupan. Banyak onak dan ranjau yang perlu kita lalui. Kalau kita lemah, kita akan tewas. Cadangan seorang sahabat, mantapkan tarbiah dalam diri…. Tetapkan suatu KPI ibadah untuk dicapai. Yang wajib jangan ditinggalkan, berusaha buat yang sunat…. KPI untuk diri bermula dari ramadhan ini hinggalah sampai bila-bila…. KPI yang perlu dicapai…
1. Solat fardhu berjemaah lima kali sehari semalam
2. Qiamullail sekurang-kurangnya sekali seminggu
3. Baca Al Quran sekurang-kurangnya lima muka sehari
Ya Allah… bantulah hamba-Mu ini. Diri ini adalah khalifah-Mu di muka bumi ini. Permudahkan segala urusanku. Tetapkan hatiku di atas jalan ini…. Tetapkan tapak kakiku….
No comments:
Post a Comment