"Selamat hari lahir, ummi doakan kebaikan selalu untuk hakim" ucapan selamat dari ummi sempena hari kelahiranku ke-22.
"Ni dah makin tua ni..... bila lagi masanya... hehehe????" kias abang-abangku pula.
Tidak terlepas ucapan-ucapan dari adik-adikku yang setia mengucapkan dan mendokan kesejahteraan untukku sempena kelahiranku.
Baiti Jannati.... Keluarga yang sentiasa menyokong aku di atas apa yang aku buat. Yang sentiasa memberikan semangat bila mana aku terasa 'down'. Hidup kena sentiasa ceria. Dan aku tidak lupakan, keluarga merupakan antara tulang belakang penguat keceriaanku. Ummi dan ayah tidak putus-putus dalam memberikan bimbingan untukku. Buat keluarga tersayang, I LOVE U ALL SO MUCH.....
Bercerita pula tentang sahabat-sahabiah dan rakan-rakan....
Sanah helwah.... Salam ulang tahun... Selamat hari lahir.... Hepi besday..
Selamat hari tua.....
Semoga murah rezeki...
Semoga diberikan keberkatan dalam kehidupan...
Semoga panjang umur...
Semoga lebih matang.....
Semoga diberikan kemudahan dalam segala urusan..
Semoga mudah jodoh...
Begitulah ucapan sahabat2 dan teman2 yang diterima tatkala aku sudah menginjak ke usia 22 tahun. Ucapan yang dilontarkan melalui SMS dan laman sosial facebook, aku cuba untuk membalasnya. Tak habis dengan itu, kejutan kek 'besday boy' juga membuatkan aku benar-benar terkejut. Siap dengan kek-kek lagi. Yelah, aku ni mana la nak ambil serius sangat dengan besday sendiri. Ape pun, buat sahabat-sahabaiah dan teman-teman yang telah mengucapkan selamat sempena ulang tahun kepadaku, serta yang telah bersusah payah menyediakan kek sempena ulang tahun kelahiranku ini, aku amat2 menghargainya.
Syukur Alhamdulillah.. Allah masih memberikan kesempatan untuk aku menghirup udara dan menikmati kehidupan ini. Ruang dan peluang yang diberikan oleh Allah ini sewajar perlu aku gunakan untuk terus berbakti kepada ummah dan negara. Tanggungjawab yang terpikul semakin besar. Tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi perlu ditunaikan. Bila ada yang bertanya, tidak berasa letih ke buat banyak kerja..... Aku cuma tersenyum dan mindaku jelas mengingati kata-kata seorang ustaz yang dipetik dari hadis Rasulullah s.a.w.:
"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang bermanfaat kepada manusia lain"
Aku akan berusaha ke arah itu. Kadang-kadang timbul rasa malu bila membaca kehebatan Sultan Muhammad Al Fatih yang membuka Constantinople seawal usia 21 tahun. Terkesan juga dengan keperwiraan Usamah B Zaid yang memimpin angkatan perang di usia muda. Terharu aku dengan keberanian pemuda-pemudi Palestin, Patani, Chehnya, Kashmir dan sebagainya yang berjuang mati-matian membebaskan tanah air mereka demi menegakkan syariat islam. Sedangkan aku, banyak lagi ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan mereka. Menginjak ke usia 22, aku memasang azam sendiri. Aku meneruskan langkah ini. Cita-cita yang satu itu tetap tidak pernah terpadam......
Ya Allah... Aku mohon petunjuk-Mu...
Aku rindukan bimbingan-Mu....
No comments:
Post a Comment