Thursday, June 17, 2010

Rindu Yang Terlerai....

Alhamdulillah....

Syukur..... Itulah yang aku mampu lafazkan tatkala berjaya menjejakkan kaki ke Patani. Kerinduan yang sekian lama membelenggu diri akhirnya terlerai. Selamat pergi dan selamat kembali semula ke Malaysia. Aku seolah hilang kata-kata. Mengambil rehat dan cuti sementara dari kerja-kerja MPP untuk aku mengutip kembali semangat dan motivasi. Kerinduan bertemu nenek terlerai juga. Memang dah cukup lama aku tidak pulang ke Patani.

Perjalanan dari Kota Bharu ke Bandar Patani tidaklah terlalu lama. Malah lebih pendek jika dibandingkan perjalanan aku dari Kota Bharu ke medan jihad kecilku (Baca: UIA Kuantan). Perjalanan pergi dan balik lancar je. Walaupun berhadapan dengan terlalu banyak sekatan jalan raya @ road block yang dilakukan pihak tentera Thai, alhamdulillah aku bersyukur kerana perjalanan ini dipermudahkan Allah s.w.t.

Aku bangga dengan masyarakat di sini. Ternyata pegangan agama masih kukuh. Mungkin tidak keterlaluan jika aku katakan pengamalan islam di kalangan masyarakat Islam Patani sangat mantap. Pandang kiri kanan, mungkin agak sukar untuk melihat muslimah yang tidak bertudung. Di sesetengah tempat,Sebagai orang yang berketurunan Melayu-Patani, aku terharu dengan masyarakat ini. Entahlah.... Bermacam-macam perasaan yang hadir dalam diriku. Sekadar suatu perkongsian, aku banyak membaca sejarah dan kajian berkenaan Patani. Terbit rasa kagum padaku terhadap Patani. Mungkin belum masanya aku bercerita lanjut Patani. Nanti ada kesempatan, insyaallah.....


Benda penting ni jangan lupa ye..... Kalau takde, jangan memandai nak redah je.




Pemeriksaan Imigresen di Pengkalan Kubor



Di atas feri menyeberangi Sungai Takbai.... Alah, silau mentari la pulak..



Sebuah hospital (Lupa pulak kawasan apa ni)






Antara pengangkutan awam yang popular.....



Kat sana, tak guna plug 3 pin ye..... 2 pin ada..



Pasaraya Big C di Bandar Patani



Arif yang sentiasa dengan gelagat sendiri...



Sebuah pasar di Bandar Patani


Masjid....... Suka tengok budak2 ni solat. Siap pakai jersi lagi.



"Selamat Datang"

"Kepada semua pelajar baru dan keluarga"

Mengikut apa yang diterjemahkan kepadaku... (Pandangan di sebuah universiti di patani)


Pantai Teluk Kapor (Jika tak silap aku, itulah namanya)


Best..... menikmati angin petang. Kereta abang ikut dari belakang ye....

(Di atas kereta pakcikku)


Bangga betul nga nenek... Alhamdulillah...


Dalam perjalanan pulang, sempat lagi shopping di Pekan Takbai dan Pengkalan Kubor


4 comments:

  1. untung awk still ada nenek..teringt masa2 dlu dgn nenek...btw, hakim bley ckp siam x???

    ReplyDelete
  2. Tak boleh... Lagipun saya bukan siam... Saya Melayu...

    ReplyDelete