Thursday, April 8, 2010

Cerita di awal cuti.....

Alhamdulillah... Akhirnya aku tiba jua di bumi Kelantan. Lama betul tak balik. Terlerai rindu kat orang2 tersayang di rumah. Menaiki bas dengan selesanya (2 seat kot). Yelah, dalam bas pun tak sampai 10 orang agaknya. Bila ditanya driver, dia cakap sistem komputer rosak dan tiket tak dapat dikeluarkan. Ooo... aku cuma mengangguk. Kalau naik bas siang hari, aku kadang ambil peluang untuk berbual-bual. Macam biasa la. Tanya turun kat mana, kerja ke belajar. Tak kira la siapa pun. Dan setiap kali itulah aku tak pernah bertanya nama orang tu. Teruk betul kan.. Sekadar ambil peluang berbual. Kalau orang tu peramah, banyak juga bicaranya, kalau orang tu pendiam sekadar berbual 2,3 ayat. Tapi ni aku naik bas malam, dah tu takde orang pula kat sebelah. Jadi menyendiri la.... Bertemankan henset, kamera, dan beg laptop yanga aku tak pernah tinggalkan di bawah perut bas. Barang2 ini aku tak pernah aku letak dalam beg pakaian yg selalu aku tinggalkan di bawah perut bas. Quran pula aku letak dalam jaket. Takkan la nak letak dalam beg pakaian. Takde adab pula.

Hmmmm............

Kalau ikutkan hati, malas je nak update blog hari ini. Dan aku pun takde idea nak karang apa kat sini. Mungkin ucapan tahniah buat semua sahabat2 yang telah melalui final exam (8/4/2010 adalah tarikh akhir final exam sem ini secara rasmi). Dan tak lupa buat rakan2 opto, semoga bersabar dalam menghadapi ujian mendatang. Secara jelas, aku belum ada apa-apa projek besar yang dirancang untuk cuti panjang ini (2 bulan lebih cutinya). Yang pasti, aku kembali membantu ummiku di kedai makannya. Banyak kerja yang boleh ditolong. Jadi tukang masak, tukang bungkus nasi, tukang basuh pinggan, tukang buat air, tukang kemas kedai dan banyak lagi yang boleh ditolong. Peluang nak asah skill2 lama yg ditinggalkan. Mana tahu, esok2 skill ni la yang nak kena guna kembali. Hmmm... Satu lagi, kerja kat pasar. Boleh tambah duit simpanan. Harap2nya la.. Cuti panjang ni penting untuk aku betul2 manfaatkan. Yelah, ni kan cuti panjang terakhir. Tahun depan, cuti panjang akan digunakan untuk praktikal 'catering placement'. Masuk kitchen hospital la pula kan.....

Projek besar lain???

Belum ada lagi melainkan menyelesaikan beberapa kerja 'SRC' @ MPP UIAM. Cuti pun bukan cuti suka2. Huhuhu... Ada kerja untuk konstituensi dan kerja kabinet yg perlu disetelkan. Rancangnya nak jumpa MPP AHS dari USM dan UKM cutinya. Insyaallah kalau ada rezeki dan peluang. Mungkin beberapa agenda AHS yang boleh direalisasikan bersama. Tak kisah untuk universiti atau nasional. Manusia merancang, Allah menentukan......

Hakim..............

Satu lagi jangan lupa. Training for Trainers untuk SRC dan Society (23-25/4/2010). Insyaallah, kalau umur panjang aku pergi training tu.

Insyaallah...... semoga dipermudahkan segala urusan.

Doakan diriku...

No comments:

Post a Comment