Sunday, March 14, 2010

Suatu Luahan.....

"Mantapkan hatimu...."
Itu pesanan seorang sahabat yang aku ingati tatkala aku mengalami sebarang konflik diri. Alhamdulillah, pesanan tersebut terus aku pegang sebagai suatu azimat dalam diri. Tatkala ingin membuat sesuatu keputusan, kemantapan hati ini perlu diambil kira.
Dalam keadaan mengharungi pertarungan menuju final exam, aku mengalami satu lagi persoalan diri. Mengambil sedikit waktu untuk meng'update' blog, memberikan peluang untuk meluahkan apa yang terbuku di jiwa. Bukan mudah berperang dengan diri sendiri. Kadang-kadang nafsu cuba merajai diri. Namun, aku cuba berusaha untuk mengelakkan kekalahan itu.
Kadang-kadang aku terleka, aku terlupa.....
Manusia itu tidak sempurna. Sering berdepan kebarangkalian untuk melakukan kesalahan dan kesilapan. Kemenangan sebagai wakil pelajar tidak meletakkan aku dalam kebanggaan. Atau berasa cukup hebat sebagai penakluk dunia. Kemenangan itu hanya satu petanda bahawa cabaran baru telah bermula. Cabaran sebagai pimpinan mahasiswa.
Sesungguhnya aku sentiasa memujuk diri. Agar bersabar dalam menempuh cabaran dalam hidup ini. Manusia itu dinamik.
Cinta....
Tatkala cinta bergelora, ingin menghamburkan segala keinginan dan perasaan. Agar terasa manisnya sebuah cinta. Namun motivasi lebih dahulu mendekati. Dekati cinta-Nya sebelum mendekati cinta hamba-Nya. Allah Maha Mengetahui. Dia Pemilik semua yang ada di dunia. Dia Maha Mengatur segala perjalanan hidup manusia.
Maka.....
Ingatlah wahai diri. Dirimu tidak keseorangan. Kuatkan tekad dalam diri. Ingatlah DIA sebagai pemilik hati, jiwa, akal, jantung, seluruh saraf dan organ dalam dirimu. Apa yang penting untukmu.....
"Mantapkan hatimu"

3 comments:

  1. Fasobrun jamil...

    Segala rahsiaNya akan tersingkap apabila sampai masa yang telah ditetapkan~

    ReplyDelete
  2. Dugaan datang dan pergi.. Ibarat hujan dan panas..

    ReplyDelete
  3. sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita=)setiap kesedihan dan kegembiraan adalah untuk menguji hamba2NYA..rahsia itu hanya Allah yang tahu~

    ReplyDelete