Thursday, December 31, 2009

AS SYAHID TUAN GURU HAJI SULONG AL-FATHANI (SIRI 1)

Telah tercatat dalam sejarah bahawa kelima-lima anak lelaki Tuan Minal al-Fathani (Sheikh Zainal Abidin al-Fathani) menjadi ulama. Salah seorang antaranya ialah Sheikh Abdul Qadir bin Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani. Beliau melahirkan ramai keturunan yang menjadi ulama, antaranya adalah ulama yang dibicarakan ini iaitu Tuan Guru Haji Sulong al-Fathani.Haji Sulong al-Fathani adalah seorang ulama yang sangat besar pengaruhnya bagi umat Islam Patani. Bahkan hampir semua orang Islam yang berasal dari Patani mengenali beliau. Beliau turut diakui oleh masyarakat Patani sebagai Bapa Perjuangan Patani, kerana pembangkit Revolusi Patani Merdeka pada zaman moden.Pada zaman Perang Dunia Kedua, beliau dilantik sebagai ketua untuk pergerakan ulama Patani yang membuat tuntutan kemerdekaan dengan dinamakan Hai-atun Nafaz al-Ahkam asy-Syariyah.Ketika remajanya, Haji Sulong selalu mengikuti bapanya belajar kepada Sheikh Ahmad al-Fathani. Tidak dapat dinafikan bahawa sehinggakan kesan kewibawaan dan kepimpinan Sheikh Ahmad al-Fathani turut sebati dalam diri Haji Sulong. Disimpulkan bahawa Haji Sulong ialah kader politik tempatan Sheikh ahmad al-Fathani walaupun ketika itu usia Haji Sulong masih muda.Karya-karyaKesemua karya Haji Sulong menggunakan nama Haji Muhammad Sulum bin Abdul Qadir bin Muhammad al-Fathani. Menurut penelitian penulis dan selepas berbahas dengan beberapa keturunan ini. Antaranya Haji Muhammad Amin bin Haji Sulong, Hajah Nik Wan Nafisah (iaitu isteri Abdullah bin Sheikh Abdul Qadir bin Tuan Minal al-Fathani, merupakan saudara kandung Haji Sulong), bahawa memang tidak terdapat anak Sheikh Zainal Abidin al-Fathani yang bernama Muhammad.Maka kami simpulkan bahawa munculnya nama Muhammad yang dikatakan ayah kepada Sheikh Abdul Qadir al-Fathani hingga kini belum diketahui sebab-sebabnya. Ia berkemungkinan memang sengaja ditulis oleh Haji Sulong seperti demikian yang merujuk kepada ayah Tuan Minal sendiri.Nama Haji Sulong terkenal bukan kerana penulisan tetapi kerana perjuangan. Namun beliau juga telah menghasilkan beberapa artikel. Berikut dibicarakan sebahagian maklumat berkaitan penulisan yang beliau hasilkan.
Next: Karya-karya beliau

No comments:

Post a Comment