Thursday, November 19, 2009

Perjuangan tak akan selesai....

Alhamdulillah...
Berakhir food analysis, berakhir final exam sem ni. Namun realiti tetap sama, kita masih akan berjumpa sem akan datang (Insyaallah, semoga umur panjang)..
Perjuangan itu tak pernah selesai dan tidak akan selesai melainkan bila tibanya hari kiamat. Sem depan pastinya menjanjikan cabaran baru untuk kita terutamanya aku sendiri. Aku lebih suka berpesan hal2 seperti ini untuk diriku dahulu. Mana tidaknya, pengalaman lalu telah mengajar aku bahawa pentingnya untuk kita mempersiap diri menghadapi cabaran mendatang.
Aku x pasti bagaimana aku pada sem depan. Dengan beberapa tugasan yang bertambah, serta beberapa perancangan yang memerlukan pelaksanaan sem depan. Aku terpaksa menarik nafas panjang2 sebelum melangkah. Strategi perlu diatur. Dan tentunya, perkara aulawiyat yang perlu menjadi keutamaan kini... Tuntutan sebagai mahasiswa dietetik.. Beberapa subjek sem depan yang perlu diambil perhatian (ni yang aku ingat la):
-Nutrition Immunology
-Medical Nutrition Therapy
-Catering
-Nutrition Education & Promotion
...... Tak ingat la plak subjek2 lain..
Ape pun, yang penting terus berusaha....
Jangan Mengalah..
Perjuangan itu tak akan selesai.........

No comments:

Post a Comment