Thursday, October 1, 2009

Wajah Isteri???

“Awak jangan salah faham… Mak saya cakap kalau nak tengok isteri kita bila dah tua, tengok mak dia.. Bila saya tengok mak awak sejuk hati saya…” Kata si lelaki selepas bertemu mak si perempuan.
………………………………………………..
Tu antara iklan yang mencuit hati aku semasa aku bercuti hari raya tempoh hari. Namun, aku tidak pasti tentang kebenaran kata-kata si lelaki dalam iklan tersebut. Kadang –kadang apa yang dipaparkan kepada kita ada betulnya juga. Seingat aku, ustaz aku (tapi aku tak ingat ustaz mana) pernah memberikan kenyataan yang sama. Memang tak dinafikan, kebanyakan wajah budak perempuan yang aku temui hampir iras-iras wajah ibunya. Yelah, dah memang tu ibunya.
Cuma pada aku, aku agak bersetuju dengan pandangan yang dikemukan. Adik perempuanku pun sama. Kini, sudah nampak iras-iras wajah ummiku. Apa pun, aku menghormati perbezaan pendapat yang berlaku. Manalah tau, ada juga kanak-kanak perempuan yang ikut iras ayah mereka. semua ini bergantung pada pendapat masing-masing. Mungkin ada yang bersetuju, mungkin ada yang membangkang. Terpulang.

Kembara Mujaddid : Nak kahwin, memang kena jumpa mak ayah perempuan pun kan…

No comments:

Post a Comment