Tuesday, October 6, 2009

Mundurkah Kelantan????

Di petik dari Malaysiakini:

Rakyat perlu mengambil Kelantan sebagai contoh kegagalan parti PAS membangunkan negeri itu sejak 20 tahun lepas dan sebaliknya menilai rekod kejayaan kerajaan BN.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kepimpinan BN sudah terbukti apabila meletakkan Malaysia antara negara yang maju di dunia selepas memerintah negara sejak 50 tahun lalu.

"Kalau kita pergi ke Kelantan, kita akan lihat sebuah negeri yang dipimpin oleh PAS yang masih lagi mundur dan kadar kemiskinan adalah antara tertinggi dalam negara," katanya ketika berucap di majlis sambutan Aidilfitri 1Malaysia Bandar Sunggala di Port Dickson semalam.

Katanya, pada pilihan raya kecil Manik Urai, BN hampir menang dan di situ sahaja sudah terbukti bahawa rakyat kecewa dengan PAS yang kononnya hendak jadikan Kelantan sebagai Serambi Mekah dan maju.

Ia sebaliknya menjadi contoh kemunduran dan kemiskinan dan ini membuktikan bahawa amat penting untuk rakyat memilih sebuah parti yang berpengalaman, katanya.

Muhyiddin berkata parti lain tidak mempunyai pengalaman dan mengaku kononnya berpakat tetapi sebaliknya tidak sehaluan malah kenyataan mereka sentiasa bercanggah antara satu sama lain.

"Saya tidak hairan Selangor misalnya akan tertinggal jauh ke belakang, sebab itu kita nak bagi tahu rakyat, pilihan raya kecil ini nak rakyat faham bahawa ini adalah kesempatan untuk pengundi buktikan bahawa dasar kerajaan BN masih sesuai dan diterima rakyat jelata," katanya.

Katanya, pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Okt ini, walaupun kecil, tetapi signifikan kerana hendak buktikan kepada dunia bahawa BN dan UMNO tetap mendapat sokongan rakyat. BERNAMA

________________________________________________________________________

Kembara Mujaddid :
Bila ada yang kata "Kalau kita pergi ke Kelantan, kita akan lihat sebuah negeri yang dipimpin oleh PAS yang masih lagi mundur dan kadar kemiskinan adalah antara tertinggi dalam negara," Aku cuma tergelak. Jenaka apa yang dia buat aku tak tahu. Mungkin kalau bawak orang yang tak tahu apa2 datang Kelantan, boleh la dia cakap camtu. Mungkin untuk meraih undi orang Bagan Pinang agaknya.
Sudah2 la... Bagi aku x payah la buat isu politik pembangunan ni. Tambah2 bila sentuh bab pembangunan di Kelantan. Kena la sikit. Lepas PAS menang kat Kelantan 1990, ada 4 PRU lepas tu. Sume PAS menang. Apa yang aku perhatikan, asyik kali PRU isu ni jugak yang dicanangkan. Dan tak payah la jugak nak bandingkan Kelantan dengan negeri lain. Check la fakta kadar kemiskinan tegar Kelantan dengan negeri-negeri lain. Yang jelas, aku lihat Kelantan hari ini berbeza dengan Kelantan 10 tahun yang lalu. Buat penduduk Negeri Sembilan amnya dan Bagan Pinang khasnya, jemput2 la datang ke Kelantan. Tengok dan nilai la sendiri Kelantan. Maaf, aku bukan menulis dengan emosi. Tapi kenyataan ini mengguriskan hatiku.

No comments:

Post a Comment