Friday, October 9, 2009

Ku biarkan dulu....

Pernah hati ini diketuk..
Ia meminta kepada diri..
Bukalah hatimu untuk si dia..
Ku diam tak bersuara..
Lagu tak berirama..

Namun harapan tak berkubur..
Impian tidak tertutup..

Ku berpesan pada diri..
Janganlah dikejar cinta dek nafsu..
Jangan kerana harta dunia yang sementara..

Carilah cinta pada landasan-Nya..
Carilah cinta berasaskan agama..
Allah tidak zalim pada hamba-Nya..

Bukankah Allah tidak sediakan setiap hamba-Nya pasangan..
Itu adalah ketentuan-Nya..

Namun bukan bermakna kita menolak usaha..
Tapi kita bersiap sedia..
Mencari masa dan ketika..
Bila waktu itu kita akan mencipta langkah..
Menerajui transformasi diri..
Supaya kita lebih matang..
Dalam merangka dan membuat keputusan..
Supaya kita tak tersungkur di tengah jalan..

Yakinlah!!
Kita akan temui cinta itu..
Cinta dua hati yang saling mencintai..
Cinta yang terbina di atas landasan keredhaan-Nya..

Masanya akan tiba..
Sabarlah..

No comments:

Post a Comment