Wednesday, September 2, 2009

Langkah Belum Berakhir..

Hari2 yang aku lalui kebelakangan ini agak bertimbun dengan pelbagai tugasan yang perlu disiapkan. Lab report baru je antar semalam. Exam pulak ada 3 paper lagi yang sebelum raya punya... Food analysis banyak lagi x study ni. Esok dah exam. Ahad ni pulak ada Health Management, selasa pulak dengan Pathology and Pharmacology..... Tu soal akademik, soal society kena amik kira jugak.. Hmm.. Kadang2 aku tertanya2 jugak, aku datang UIA ni nak berpersatuan ke nak belajar. Asyik sibuk je dengan meeting and program. Terdetik jugak untuk di hati untuk 'quit' sahaja dari dunia society. Hmm.. entahlah. Bila difikirkan balik, terasa jugak RUGINYA kalau datang belajar je.. xde life, xde challenges. Yelah, banyak sebenarnya benda yang aku dapat n aku kutip sepanjang aku involve dalam dunia persatuan. Masa2 lalu yang aku lalui bukanlah penamat segala2nya. Kita perlu lebih banyak belajar dengan dunia luar. Setiap kali terdetik rasa ingin berundur, ku pujuk hati ini bahawa aku tidak seorang diri dalam menempuhi segala yang mendatang. Ku telah mencipta langkah ini, sayang jika ku hentikannya. Kerana apa yang penting, aku perlu ingat bahawa aku perlu menjunjung amanah yang amat besar ini. Tanpa pembelajaran dari dunia luar, mungkin sukar untuk aku berdiri sebagai pejuang masa depan.. Sabarlah diri dan hati. Diriku memikul amanah ummah. Dan pesan seorang mentor:
"MAHASISWA yang membawa erti adalah pejuang masa mendatang. Dan mahasiswa itu tidak akan lahir dari dewan2 kuliah universiti."

No comments:

Post a Comment