Sunday, September 6, 2009

Egoku runtuh... Aku rindu....

Sebulan yang lalu:

"Awak beli tiket berape hb?" SMS seorang classmateku kepadaku membuatkan aku tersedar yang tiket raya dah dibuka.
"Entahlah.. Tak beli tiket lagi. Berapa hb beli tiket??"Aku membalas ringkas smsnya.
"11 hb dah balik rumah.. Hahaha"Begitulah classmateku menjawab pertanyaanku kembali.

"Hmm.. Awalnya balik budak ni" desis hati kecilku. Aku mula berkira2 untuk balik rumah.
"Nak beli tiket berapa haribulan ye... Exam Health Comm mungkin xde. Health management pulak dah diawalkan seminggu??" Aku bertanya diriku. Setelah melihat planner dan kalendar, Aku membuat keputusan. Nak balik 12hb petang. Aku fikir, nak balik awal pun buat apa. Cuti raya 2 minggu kot. Hehehe.. Mungkin dah homesick sangat agaknya budak ni... Egoku berbicara.

Hari ini :

Aku mula terasa kesan2 psikologi. Menyambut Ramadan kali ni agak berbeza berbanding tahun2 sebelum ini. Jika sebelum ini, aku berkesempatan menyambut awal ramadhan di rumah bersama keluarga, kemudian datang semula ke kampus dengan bekalan2 seperti serunding ikan, daging dan budu nasi kerabu buatan ummi. Kali ini tidak begitu. Bermula dari awal ramadhan, aku menyambut bersama rakan2 tanpa bekalan dari Kelantan. Memang banyak program iftar yang diadakan di UIA ni, namun hatiku tetap digamit kerinduan untuk berbuka di rumah. Ditambah dengan adik bongsu yang agak rajin "call" aku menceritakan perihal baju rayanya, aku digamit kerinduan. Suara ummi kedengaran dalam telefon bila aku call, aku terus digamit kerinduan. Ayah kadang2 mengirim sms berupa nasihat, aku digamit kerinduan. Kalau aku balik 11hb kan bagus.. Lagi awal. Tak sabar rasanya untuk pulang ke rumah. Kali ni aku betul2 akui...
Egoku diruntuhkan..

1 comment:

  1. budu??? owh i miss dat!..
    balik awl bagus wat...
    lg awl lg bgus...
    so, conclusinya..baliklah awl...

    ReplyDelete