Thursday, August 27, 2009

Langkah Pejuang...

Alhamdulillah...
Exam NSA baru je berlalu. Tak tahu la betul ke salah apa yang aku jawab tu. Namun, mengharungi exam dalam keadaan yang cukup sibuk mengharungi pelbagai tugasan dan tanggugjawab menjadikan aku lebih teliti mengatur masa. Memang tak dinafikan kadang2 diriku mengeluh dengan pelbagai tugasan dan amanah ini. Tapi aku selau teringat pesan ustazku bahawqa sebaik2 manusia adalah manusia yang memberikan manfaat kepada orang lain. Aku cuba menjadi manusia itu. Tanggungjawab yang ada tidak boleh dipandang sebagai suatu bebanan berterusan untukku. Tak salah jika ia menjadi tekanan, namun apa yang penting jadikan tekanan itu sesuatu yang positif. Ayah selalu mengingatkan tentang tanggungjawab yang ada. Pastinya amanah yang terpikul di bahuku adalah lebih besar daripada apa yang dipikul di bahu orang lain. Segala amanah ini bakal dijawab di hadapan Allah di akhirat nanti. Ya Allah... bantulah hamba-Mu ini. Kadang-kadang diri terasa lemah, namun Allah tetap menjadi sandaran pengharapanku. Suatu pesanan pernah aku terima, pejuang kena kuat. Barulah perjuangan akan berjaya. Kadang-kadang kita memang merasa tak mampu untuk memenanginya, namun hati ini tetap memujuk... Jangan mengalah pejuang muda.... Sandaran ummah kepadamu..
Pejuang yang sedang melangkah..... Menuju kemenangan....

No comments:

Post a Comment