Saturday, August 15, 2009

Berusaha committee concert!!!

Alhamdulillah... Committee concert I-Quest telah selesaikan melangsungkan meeting yang kedua. Syukur kerana setakat ini semua perancangan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Dan aku sebagai nakhoda yang diamanahkan untuk mengemudi kapal konsert boleh menarik nafas lega dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua anak kapal konsert. Mengemudi kapal konsert meletakkan aku banyak sebagai "decider" atau pembuat keputusan. Pastinya, keputusan yang dibuat adalah hasil musyawarah dan perbincangan dari semua. Dari soal pemilihan artis hinggalah ke soal koordinasi program, kami tetap berpegang dengan prinsip kerja bersama. Aku tidak boleh menganggap diri sebagai seorang bos yang berkuasa mutlak ke atas committee concert, apa lagi untuk menukar cara mereka membuat kerja. Kerana aku lebih suka memberikan autonomi kepada commitee untuk bertindak. Selagi deadline tidak dilanggar, dan kerja dapat diselesaikan... Bagi aku dah ok. Meletakkan diri sebagai seorang ketua bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi untuk memuaskan hati semua pihak. Namun kita kena la cari pendekatan yang terbaik. Lain orang, lain la style kepimpinannya. Aku lebih suka jika committee dapat bekerja dalam keadaan "happening" dan ceria. Sebolehnya, aku tak mahu committee yang bersama aku membuat kerja dalam keadaan tension or stress melampau. Tekanan itu perlu, tapi biarlah tekanan yang positif....
Dan buat committee concert semua, selamat bekerja bersama... Kat sini aku nak bagi gelaran kat committee korang semua.
APM yang semangat.
SU yang rajin.
FC yang teliti.
PC yang dinamik.
Prep n Tech yang dedikasi.
Pub n Pro yang kreatif.
Sponsor yang proaktif.
S.Task yang istimewa.
PR yang mantap.
Serta...
Monitor (PC) yang memerhati...
Jom!!! Terus berusaha!!

1 comment: