Tuesday, June 9, 2009

Seloroh Soal Kahwin….

Bila tiba musim cuti sekolah, pasti ramai yang tak melepaskan peluang untuk bergelar pengantin baru. Ada yang jadi suami orang, ada jugak yang jadi isteri orang. Cuti sekolah kali ini jugak memberikan aku peluang untuk memenuhi jemputan kahwin. Antara jemputan yang aku sempat hadiri ialah majlis Kak Tasnim, Abe Azrin & Abe Din.


Pada suatu malam, aku membelek2 kad jemputan kahwin milik kakak seorang kawan aku. “Hmmm…cantik jugak kad ni” desis hatiku. Nampak macam mahal je kad ni.. Adikku sendiri pun cakap kad tu cantik.

Aku berseloroh dengan adik-adikku “Esok2, bila akim nak kahwin, akim rasa wat kad biasa-biasa dah la. Wat yang sederhana je.” Aku gelak bersama adik-adikku.


Ummi yang dok tak jauh dari kami membalas selorohku “ Tak payah cakap pasal kad la hakim. Lambatnya lagi. Awak tu baru tahun 1. Banyak tahun lagi nak habis kat UIA tu”.


Aku berseloroh lagi “ Takpelah ummi, Kak * * * * * * (anak kawan mak aku) pun baru tahun 2. Boleh je dia kahwin.. Hehehe”.


Ummi tahu aku terus berseloroh dengannya. Ummi pun cakap “ Dia takpe, tahun 2 pun dia tu perempuan. Awak tu laki, nak tanggung anak orang dengan apa”.


Aku tersengih je.. Kata-kata ummi ada benarnya. Yelah, dah namanya laki kenalah bersedia untuk pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Ummi pasti mahu anak-anaknya betul2 bersedia sebelum memasuki gerbang perkahwinan.

Kata-kata ummi mengingatkan aku tentang sebuah tulisan Ustaz Hasrizal

“Dalam soal perkahwinan, jangan berfikir sampai ke pelamin tapi fikir jugak sampai ke lampin”…..

1 comment: