Tuesday, December 23, 2008

Memasuki semester baru... Cabaran semakin baru...




Rasanya spt semalam aku register sbg student UIAM bumi Kuantan, tapi secara realitinya aku telah memasuki sem baru. Semakin bertambah sem bermakna semakin bertambah cabaran untuk aku....


Namun itulah realiti sebagai seorang pelajar, namun untuk lebih mendalami dan bersungguh2 mengejar kejayaan, aku perlu menyedari hakikat yang sebenar2 nya bahawa diri ini adalah seorang pejuang yang diamanahkan untuk menjulang kalimah Allah dibumi-Nya..


Proses kematangan dari alam remaja ke alam belia @ pemuda menandakan cabaran untuk aku semakin besar...


Bukankah Nabi junjungan pernah menyebut kepada kita bahawa salah satu drpd antara 7 golongan yang akan mendapat naungan Arasyi Allah di padang mahsyar kelak ialah pemuda yang menghabiskan masa mudanya dalam ibadah kepada Allah..


Masa remaja adalah masa yang paling mencabar, gunakanlah ia dengan berHIKMAH..


Sesungguhnya perjuangan tidak akan ada tarikh luputnya, dan perjuangan itu tetap akan berterusan hingga hari kiamat..




"Tiada perjuangan tanpa pengorbanan"

1 comment: