aduh, bertumbuk, bergusti dan sebagainya...bila dah besar xkan nak wat camtu lagi kot..Maklum la adik beradik 8 orang, 7 laki pastu sorang puteri.... Memang adik aku yg bongsu ada ramai la bodyguard...hehehe...
Mengimbau kenangan kecik2 dulu, terasa indahnya ukhuwahnya kini. Mak aku cakap, dulu bunyi bising dengan suara2 abe2 dan aku yang lain... Tapi mak dan bapak aku tahu, anak2 yang dikandungnya dulu kini perlu dilepaskan untuk menghadapi cabaran dunia luar.. Kerana mereka tahu, anak2 mereka perlu disiapkan untuk merentasi jalan perjuangan menghadapi mehnah dan tribulasi. Aku beruntung mempunyai keluarga yang memahami diriku, adik beradik yang setia menyokong aku, memberi semangat baru....
Mungkin tiada kata2 yang dapat meluahkan segala ber"trilion" ucapan terima kasih untuk keluarga aku, namun aku tahu.... Tiada apa yang lebih menggembirakan keluarga aku terutamanya ibu bapa aku melainkan aku menjadi insan yang berbakti untuk Agama-NYA...
No comments:
Post a Comment